Biadap! Penyampai Radio Hitz Sarawak Buat Video TikTok Ketawakan Cikgu Di DidikTV
Orang kata kalau nampak sesuatu yang kita kurang gemar, lebih baik diam ataupun boleh tegur secara baik, namun tindakan seorang penyampai radio boleh dikatakan sangat biadap apabila memuat naik video dirinya di TikTok mengetawakan cikgu yang mengajar di saluran DidikTV.
This ladies and gentlemen; is a moron. pic.twitter.com/YnhuxPDgnc
— Majnun (@amer_aljeffrey) February 19, 2021
DidikTv dilancarkan bertujuan untuk membantu para pelajar mengikuti sesi P&P dengan lebih baik dan mudah di rumah masing-masing dan perkara ini kali pertama dilaksanakan maka sudah tentu akan wujud beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki.
Tetapi tindakan penyampai radio tersebut adalah sangat tidak wajar dan memalukan guru dalam video tersebut.
Perkara ini serta merta menjadi bahan viral buat netizen dan lelaki tersebut terus menjadi sasaran kecaman netizen yang mempersoalkan tindakan penyampai radio tersebut dan apa tujuan sebenar dirinya memuat naik video yang memalukan tersebut.
KURANG AJAR.Aku test BM kau, belum tentu lepas dik.Kau tak tahu kalau2 cikgu tu tak tidur malam utk siapkan bahan dan berlatih bercakap depan camera. Niat nak ajar anak2 bangsa.Aku nak tengok kau mengajar depan camera dik.Cuba dik.Nak kritik, biar membina.Bukan menghina. https://t.co/z5KO7zpIxv
— zackkirana (@zackkirana) February 19, 2021
Hujahan pertama di sini sebutan cikgu atau guru tersebut bukanlah suatu isu yang besar kerana subjek yang diajar bukanlah subjek Bahasa Inggeris tetapi adalah subjek Sains.
Seorang netizen yang juga seorang guru berkata penyampaian guru berkenaan untuk menyebut perkataan satu persatu adalah wajar kerana pengajaran tersebut adalah untuk pelajar tahun 2.
View this post on Instagram
Apa pendapat Maduners berkenaan perkara ini? Seperti biasa kalau tak ada perkara baik hendak dicakap, baik berdiam sahaja.