Bijakkan Diri Dengan Tahu Baik Buruk! Chemical Atau Physical Exfoliant – Manis Madu

Bijakkan Diri Dengan Tahu Baik Buruk! Chemical Atau Physical Exfoliant

Artikel kali ini khas untuk mereka yang masih ingin menjinakkan diri dengan produk penjagaan kulit- Secara spesifiknya, exfoliants.

Sumber Gambar: orogoldingredients.com

Masa muda-muda dulu, Yaya hanya tahu physical exfoliants sahaja. Tapi makin berumur ini, makin banyak syarikat skincare mengeluarkan pelbagai produk penjagaan kulit termasuk chemical exfoliant.

Physical dan chemical exfoliant ada beza tau! Dari segi fungsi dan juga bahan yang digunakan. Kalau ada yang masih keliru, meh sini Yaya terangkan:

Physical Exfoliant

how_to_exfoliate

Sumber Gambar: www.healthline.com

Apa itu physical exfoliant? Senang saja, physical exfoliant ini yang korang gunakan untuk membuang sel kulit mati pada permukaan muka. Ia hampir sama dengan pencuci muka, tapi ada bahan yang dicampurkan supaya cecair menjadi agak kasar. Contohnya, facial scrubs.

Ramai influencer kecantikan yang selalu beritahu, physical exfoliants ini tak bagus untuk muka. Betul ke?

Sumber Gambar: www.dermalist.com

Sebenarnya, physical exfoliants selamat digunakan. Tetapi, Maduners kena rajinkan diri untuk baca isi kandungan bahan yang digunakan untuk menghasilkan facial scrub tersebut.

Sumber Gambar: www.murtelacosmetics.com

Menurut Into The Gloss, agen pengelupasan haruslah tidak terlalu besar.

Chemical Exfoliant

Sumber Gambar: eminenceorganics.com

Chemical exfoliant juga berfungsi untuk membuang sel kulit mati pada permukaan kulit, tetapi menggunakan bahan kimia yang membantu menghasilkan sel kulit yang baharu.

 

Seterusnya, chemical exfoliants ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. AHA (Alpha Hydroxy Acids) Exfoliant

AHA exfoliants lebih sesuai digunakan oleh Maduners yang mempunyai kulit kering dan ia juga diperoleh menggunakan bahan semula jadi.

2. BHA (Beta Hydroxy Acids) Exfoliant

BHA exfoliants pula lebih sesuai digunakan untuk mereka yang kulit berminyak. BHAs mengandungi anti-radang dan anti-bakteria untuk pengelupasan yang lebih mendalam.

Yang Mana Satu Kita Perlukan?

Kedua-duanya sekali! Tapi Madu nasihatkan supaya Maduners gunakan exfoliants tersebut dalam kadar yang tidak terlalu kerap.

Semoga membantu!

Sumber Featured Image: www.healthline.com

Post a Comment