Tak Salah Nak Cantik, Tapi Awas Produk Berbahaya Untuk Kulit – Manis Madu

Tak Salah Nak Cantik, Tapi Awas Produk Berbahaya Untuk Kulit

Tak salah kalau kita nak jaga kecantikan kulit. Tetapi, Maduners kena tahu dan selidik bahan terdapat dalam produk yang dipakai.

 

Kenapa Madu kata macam itu? Haaa, kalau nak tahu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan sebanyak 9 jenama kosmetik yang mengandungi racun berjadual!

Produk tempatan yang dikesan mempunyai racun berjadual adalah:

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam satu kenyatan, KKM telah membatalkan notifikasi sembilan produk tersebut dan secara langsung tidak dibenarkan dijual di negara ini.

Bahaya ke Racun Berjadual Ini?

Kalau Maduners nak tahu, produk yang mengandungi racun berjadual perlulah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat pakar kesihatan.

 

Banyak kesan-kesan sampingan yang kita tak akan jangka kalau gunakan produk tersebut tanpa pengawasan antaranya:

Hydroquinone

  • Kulit tidak selesa, perubahan warna kulit, boleh menghalang proses pigmentasi, dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit

Merkuri

  • Boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, sistem saraf, turut boleh menganggu perkembangan otak kanak kanak yang masih kecil. Ruam, iritasi dan perubahan pada kulit.

Maduners di luar sana kalau ada yang masih gunakan produk yang dinyatakan, dah boleh hentikan penggunaan kalau betul-betul sayangkan kulit korang.

 

Kalau Maduners nak semak status notifikasi sesuatu produk kosmetik boleh terus ke laman sesawang NPRA atau melalui aplikasi “NPRA Product Status” yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Post a Comment