Bila Hari Temu Duga Baru Terpinga-pinga Cari Jalan? Ini Tips Temuduga Korang Wajib Tahu! – Manis Madu
Tips Temuduga Korang Wajib Tahu

Bila Hari Temu Duga Baru Terpinga-pinga Cari Jalan? Ini Tips Temuduga Korang Wajib Tahu!

Lagi-lagi perkara yang melibatkan kerja, berjumpa dengan orang baru dan juga menjawab soalan yang belum tentu apa soalannya.

 

Ya, situasi yang Fazlan senaraikan di atas memang sinonim dengan temu duga kerja. Apa yang perlu kita buat kalau dapat tawaran? Apa yang perlu kita sediakan dan pelajari.

 

Ini dia beberapa tips yang Fazlan nak ajar supaya proses temu duga itu akan berjalan dengan lancar.

#1 KAJI SYARIKAT TERLEBIH DAHULU

person using MacBook Pro

Tips pertama ini adalah memang yang paling asas sekali!

 

Kenapa paling asas? Sebab sebelum anda nak masuk kerja kat sesuatu syarikat itu mestilah anda perlu tahu serba sedikit latar belakang dan juga sejarah syarikat tersebut,

 

Fazlan yakin nanti dalam temu duga mesti penemuduga akan tanya dari mana tahu mengenai syarikat, kenapa nak kerja di syarikat tersebut, apa expectation kita kalau dapat kerja di situ.

 

Jadi mengetahui serba sedikit tentang syarikat sangat membantu kita memberi penjelasan kenapa kita memilih sesebuah syarikat itu sebagai pilihan kita.

 

Jadi kaji terlebih dahulu, jangan hantar resume tapi tak tahu latar belakang syarikat.

#2 KAJI KEKOSONGAN JAWATAN

three women sitting beside table

Ini tips kedua paling penting.

 

Bagi Fazlan, apabila kita memohon kerja di sesebuah syarikat kita mesti tahu apa kebolehan kita, skills yang kita ada dan adakah ianya sesuai dengan kekosongan yang ada.

 

Untuk menjadi pekerja cemerlang, kita mesti tahu potensi yang kita ada dan bagaimana kita hendak menyumbang kepada perkembangan syarikat itu.

 

Jadi, dengan mengetahui potensi diri dan seterusnya memohon jawatan yang kosong bersesuaian dengan kemahiran anda akan membuatkan anda lebih mudah diterima bekerja.

 

Jangan pula nanti kekosongan jawatan yang ada itu untuk jawatan Pereka Grafik tapi anda tak ada pun kemahiran dalam grafik.

 

Haa! Susah nanti bila sesi temuduga!

#3 PAKAI BAJU SESUAI

hanged assorted colour dress shirt

Tips yang ini juga tidak kurang pentingnya. Jika anda nak mengenakan pakaian, sila kaji dahulu jawatan dan juga syarikat itu berada dalam bidang apa.

 

Tapi kebiasaannya, untuk pertama kali kenakan pakaian yang kemas dan juga tidak menampakkan sisi buruk kita. Bagi lelaki, elakkan memakai jeans dan tshirt berkolar bulat.

 

Bagi wanita pula, elakkan juga memakai jeans dan juga baju yang terlalu menampakkan bahagian-bahagian badan yang sensitif seperti peha dan sebagainya.

 

Kita perlu ingat, dalam pejabat kita akan jumpa dengan pelbagai jenis orang jadi untuk pertama kali ini kita perlu kelihatan sopan dan professional, kemudian bila sudah diterima bekerja baru kita sesuaikan diri dengan dress code yang ditetapkan oleh majikan.

#4 KETAHUI JALAN KE TEMPAT TEMUDUGA

Waze real time map

Ini boleh dikatakan sebagai satu masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang pertama kali nak pergi ke tempat temu duga baru.

 

Kalau boleh, dua hari atau sehari sebelum waktu sebenar temu duga rajinkan diri untuk lawati kawasan yang kita nak pergi.

 

Kenapa? Supaya bila hari temu duga tidak kita terkial-kial cari tempat temu duga lepas itu nanti waktu terbazir dan akhirnya anda lewat ke tempat temu duga.

 

Kenapa tak boleh lewat? Sebab salah satu pantang temu duga, jangan biarkan penemuduga menunggu kita! No No No!

 

Haaa! Maduners dah tahu tips ringkas yang Fazlan senaraikan, jadi bertindak segera dan jadi seorang yang produktif! Goodluck!

Post a Comment