Pantang Larang Nenek Datuk Selalu Ceritakan! Nasi Menangis Kalau Makan Tak Habis? – Manis Madu
Pantang Larang Nenek Datuk Selalu Ceritakan

Pantang Larang Nenek Datuk Selalu Ceritakan! Nasi Menangis Kalau Makan Tak Habis?

Malaysia ini bukan sahaja kaya dengan adat dan budaya, tapi banyak juga pantang larang yang diceritakan datuk dan nenek kita. Amiera masa kecil-kecil dulu pun selalu dengar macam-macam pantang larang.

 

Amiera nak share sikit antara 5 pantang larang yang orang Malaysia selalu guna pada anak-anak mereka.

#1 Kalau Makan Nasi Kena Habiskan Nanti Nasi Menangis

Kalau Makan Nasi Kena Habiskan Nanti Nasi Menangis

Zaman-zaman dahulu nenek selalu kata nanti nasi menangis dan cari kita dekat akhirat!

 

Bila dah besar dan fikir balik macam kelakarkan? Sebenarnya mungkin mereka tak mahu kita membazir makanan. Maklumlah orang dulu-dulu hidup susah dan sangat menghargai makanan.

#2 Jangan Menyanyi Di Dapur Nanti Kahwin Orang Tua

Jangan Menyanyi Di Dapur

Pantang larang ini selalunya akan diajukan kepada anak-anak dara yang suka sangat menyanyi semasa di dapur. Bukan apa, manalah tahu tengah leka menyanyi tiba-tiba masakan yang dimasak tu hangus? Haa! Tak pasal-pasal kena marah.

#3 Jangan Berpindah Tempat Semasa Makan Nanti Kahwin Ramai

Jangan Berpindah Tempat Semasa Makan Nanti Kahwin Ramai

Ini pun antara salah satu pantang larang yang paling kerap orang tua-tua dulu gunakan dan sampai hari ini pun ada yang masih menceritakan pantang larang ini. Yang sebenarnya mereka tak mahu kita sepah-sepahkan banyak tempat.

#4 Jangan Duduk Atas Bantal Nanti Bisul

Jangan Duduk Atas Bantal

Pantang yang ke empat ini mesti ramai juga yang buat, kalau Maduners semua nak tahu, sebab nenek moyang kita larang untuk duduk di atas bantal sebab bantal merupakan tempat untuk meletakkan kepala, jadi dilihat tidak senonoh atau senang cerita tak sopanlah orang kata. Jadi, elakkan dari duduk atas bantal.

#5 Jangan Makan Leher Ayam Nanti Teleng

Jangan Makan Leher Ayam

Mesti Maduners tertanya-tanya kenapa nenek moyang dulu larang anak-anak makan leher ayam. Orang dulu-dulu larang makan leher ayam sebab bahagian leher ayam tidak banyak, jadi untuk mengelakkan dari berebut mereka pun gunalah pantang larang ini untuk menakut-nakutkan.

 

Haa, macam mana dengan senarai 5 pantang larang yang Amiera kongsikan? Ingat ya, setiap yang dilarang itu mesti ada sebabnya yang tersendiri, mungkin alasannya kurang munasabah tapi kalau untuk kebaikan bersama, kita dengar sajalah.

Post a Comment