Blackpink The Movie Bakal Ditayangkan Di 100 Buah Negara! – Manis Madu
Blackpink The Movie Bakal Ditayangkan Di 100 Buah Negara

Blackpink The Movie Bakal Ditayangkan Di 100 Buah Negara!

Buat julung kalinya Kumpulan Blackpink bakal muncul di layar perak pada Ogos ini menerusi filem dokumentari, Blackpink The Movie.

 

Pastinya ini satu berita yang mengembirakan buat peminat kumpulan Blackpink!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial)

Filem Blackpink yang akan dilancarkan ini adalah bersempena ulangtahun penubuhan yang ke lima bagi kumpulan itu 

 

Tayangan Perdana Blackpink The Movie ini dijangka akan ditayangkan di pawagam Korea pada Ogos ini dan akan ditayangkan lebih dari 100 buah negara.

 

Menerusi iklan yang dibuat, Filem dokumentari ini akan menemubual ahli-ahli kumpulan Blackpink seperti Jennie, Lisa, Ji Soo dan Rose dimana mereka akan mengimbau kembali perjalanan mereka berempat bersama sejak lima tahun lalu.

Filem ini akan turut menyelit dan mengimbau kembali beberapa persembahan mereka yang lalu.

 

Macam mana pun,  tarikh sebenar tayangan filem yang akan disiarkan di setiap negara ini masih belum diumumkan

 

Pengumuman dibuat selepas akaun media sosial rasmi Blackpink menayangkan teaser misteri bagi projek 4 + 1, semalam.

 

Tak cukup dengan itu, ahli-ahli blackpink yang lain juga ada memuat naik sesuatu di laman sosial masing-masing dan memberi tanda tanya kepada pengikut Blackpink yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial)

Kalau kita imbas kembali perjalanan seni kumpulan ini, Blackpink  mula mencipta nama pada 8 Ogos 2016 menerusi lagu Boombayah dan Whistle di bawah naungan YG Entertainment.

 

Sejak dari itu kumpulan wanita ini terkenal dan menjadi kegilaan ramai.

Post a Comment