Body Shaming Satu Jenayah, Rupanya Mangsa Boleh Dakwa Pelaku Di Mahkamah! – Manis Madu
Body Shaming Satu Jenayah

Body Shaming Satu Jenayah, Rupanya Mangsa Boleh Dakwa Pelaku Di Mahkamah!

Hi Maduners! Sejak kebelakangan ini Madu selalu dengar akan kisah mangsa-mangsa perbuatan atau suatu bentuk penderaan iaitu body shaming.

Plus size couple at pool party

Sumber Gambar: Unsplash.com

Perbuatan body shaming ini sebenarnya bukan sesuatu yang baharu tetapi persoalannya tindakan apa yang kita boleh ambil bagi menyekat perbuatan cyberbully ini.

 

Untuk pengetahuan Maduners, body shaming adalah suatu jenis penderaan yang boleh menyebabkan tekanan emosi dan paling teruk sehingga menyebabkan mangsa membunuh diri.

Group of plus size employees

Untuk memastikan keadilan ditegakkan dan menghalang pelaku cyberbully ini terus bebas melakukan penderaan ini, peguam Nor Zabetha Muhammad Nor berkata yang paling utama adalah penting bagi mangsa untuk membuat aduan kepada polis dan juga SKMM di laman web SKMM.

 

“Dalam kes seperti ini, tangkap skrin mesej digital yang menjelikkan itu boleh berfungsi sebagai bukti. Mangsa perlu mengumpul bukti yang relevan, seperti latar belakang pendera dan komen mereka untuk tindakan selanjutnya”.

 

“Pengulas mempunyai hak untuk memberi komen kerana ia adalah kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Walau bagaimanapun, kebebasan itu juga mempunyai had.

 

Anda tidak boleh mengatakan perkara yang boleh mencemarkan nama baik seseorang,” ujarnya sambil menambah bahawa pelaku cyberbully ini boleh didakwa di bawah Akta Fitnah juga.

Mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang membuat kandungan yang mengancam atau menyinggung dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, menggugut atau mengganggu orang lain adalah satu kesalahan, tegas Nor Zabetha bagi kesalahan itu.

 

“Jika didapati bersalah, seseorang yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” jelas Nor Zabetha lagi.

 

Shahrul Fazli Kamarulzaman yang merupakan seorang lagi peguam berkata pelaku juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 499 akta yang sama bagi kesalahan itu.

 

“Seksyen 509 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika didapati bersalah di bawah seksyen itu.

 

“Sementara itu, Seksyen 499 Kanun Keseksaan menyatakan jika mana-mana individu ada membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain, serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, adalah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah,” ujarnya.

kesalahan jenayah fitnah

Untuk info Maduners lagi, jika pelaku cyberbully itu didapati bersalah tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

 

Shahrul juga turut mengingatkan cyberbully bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hukuman.

 

“Jadi setiap kali sebelum mengklik butang ‘hantar’, seseorang perlu tahu bahawa komen dan kenyataan yang boleh mengganggu, mendera, mengancam atau menganiaya orang lain boleh mendedahkan dirinya kepada kesalahan jenayah,” pesannya dengan tegas.

 

Madu harap Maduners boleh mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak menjadi mangsa cyberbully atau pun jika pernah menjadi mangsa Maduners juga boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku. Stay safe!

Sumber: selangorkini.my

Post a Comment