Digantung Tugas Serta Merta, Padah Shuk Sahar Terkait Isu Curang Kali Kedua – Manis Madu
Shuk Sahar Digantung Tugas Serta Merta

Digantung Tugas Serta Merta, Padah Shuk Sahar Terkait Isu Curang Kali Kedua

Dua tiga hari ini nama Shuk memang hangat menjadi bualan netizen!

Ini berikutan Shuk didakwa telah berlaku curang buat kali kedua dengan wanita sama yang pernah menimbulkan kekacauan dalam rumah tangga mereka sebelum ini iaitu Fara Salleh.

 

Perkara ini didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah melalui posting yang dimuat naik di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER ROSSA SHOP (@rossa.sera)

Rossalennah mendakwa telah ‘menangkap’ Shuk di kediaman wanita itu baru baru ini namun terpaksa pulang dalam keadaan hampa selepas suaminya tidak keluar daripada rumah tersebut.

 

Sehubungan dengan itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar secara rasmi telah digantung perkhidmatannya sebagai penyampai di stesen radio Hot FM berkuat kuasa Isnin (25 Januari 2021).

 

Pengumuman tersebut disampaikan oleh pihak pengurusan stesen radio Hot FM yang perkhidmatan Shuk secara rasminya digantung serta merta.

 

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial,”

 

Tambah mereka lagi, perkembangan terkini tentang penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas sisasatan dalam selesai.

Post a Comment