Boleh Keluar Duit Tanpa Sentuh ATM? Maybank Ada ‘Buah Tangan’ Baru! – Manis Madu
Boleh Keluar Duit Tanpa Sentuh ATM_ Maybank Ada ‘Buah Tangan’ Baru!

Boleh Keluar Duit Tanpa Sentuh ATM? Maybank Ada ‘Buah Tangan’ Baru!

Pasca pandemik Covid-19 membuatkan gaya hidup manusia berubah dengan banyak. Perkara berkaitan kesihatan menjadi antara yang selalu dititik beratkan terutamanya dalam penggunaan harta benda awam.

 

Baru-baru ini Maybank telah memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran tunai melalui Mesin Teler Automatik (ATM) tanpa sentuh pertama di Malaysia, lapor Harian Metro.

 

Perkhidmatan tersebut boleh digunakan melalui aplikasi MAE di ATM terpilih seluruh negara dengan menyasarkan kemudahan ini kepada lebih 12 juta pemegang kad ATM Maybank berikutan penyesuaian gaya hidup norma baharu.

 

Untuk melakukan transaksi pengeluaran tunai, pengguna hanya perlu imbas kod respons pantas (QR code) pada skrin ATM Maybank menerusi aplikasi MAE, masukkan jumlah, nombor PIN atau pengesahan biometrik dan ambil wang tunai daripada ATM. Mudahnya!

 

Terdapat 1,000 ATM yang tersedia buat pelanggan menggunakan perkhidmatan pengeluaran tunai tanpa sentuh ini dan akan disediakan di semua ATM milik Maybank.

 

Para pemegang kad ATM Maybank boleh memuat turun aplikasi MAE dan mendaftar untuk boleh menggunakan perkhidmatan baru ini. Had pengeluaran tunai boleh ditetapkan sendiri oleh pelanggan melalui aplikasi MAE adalah had yang sama dengan had kad ATM fizikal.

 

Sumber Gambar: Bernama

Post a Comment