Lebih 4 Juta Tanda Tangan Petisyen Gugurkan Amber Heard Dari Aquaman 2 – Manis Madu
Lebih 4 Juta Tanda Tangan Petisyen Gugurkan Amber Heard Dari Aquaman 2

Lebih 4 Juta Tanda Tangan Petisyen Gugurkan Amber Heard Dari Aquaman 2

DC Warner Bros digesa supaya menggugurkan Amber Heard daripada membawa watak Ratu Mera dalam Aquaman 2 dalam satu petisyen yang kini telah ditanda tangani seramai 4 juta orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amber Heard (@amberheard)

Menurut laporan Daily Mail, petisyen Change.org yang dimulakan oleh Jeanne Larson pada akhir tahun 2020 selepas Depp digugurkan sebagai Gellert Grinderwald dalam francais filem Fantastic Beast gara-gara kontroversi terkait Heard.

 

Dikhabarkan, petisyen itu yang menyasarkan 4,500,000 tanda tangan itu telah berjaya mencapai 4,004,160 sekaligus untuk menjadi petisyen dalam talian dengan tanda tangan paling banyak.

 

Petisyen berkenaan mendakwa Heard, 36, telah didedahkan sebagai pendera sebenar dalam rumah tangganya bersama Depp semasa sesi perbicaraan berprofil tinggi yang bermula akhir April lalu.

 

Pelakon Ellen Barkin antara individu yang akan dipanggil untuk menjadi saksi Heard melalui panggilan video dalam perbicaraan yang akan disambung minggu hadapan.

 

Kakak Heard, Whitney Henriquez juga dilaporkan akan tampil memberi keterangan bagi pihak pelakon Aquaman itu.

 

Saman sebanyak AS$50 juta (RM219 juta) telah dikemukakan oleh Depp atas dakwaan penderaan rumah tangga yang telah memusnahkan hidup dan karier yang dibinanya di Hollywood.

 

Susulan itu, Heard telah menyaman balas dengan jumlah AS$100 juta (RM439juta) dengan mengatakan Depp turut memburuk-burukkan imejnya dengan menggelar bintang terkemuka itu sebagai penipu.

Post a Comment