‘Bonding’ Dengan Anak Istimewa? Cuba Memasak Dengan Resipi-Resipi Ringkas Ini!
Memiliki anak istimewa bukan alasan buat ibu bapa tidak berusaha melakukan aktiviti bersama anak-anak. Memasak adalah aktiviti paling mudah dan menyeronokkan untuk dilakukan bersama anak-anak.
Hari ini Anis akan kongsikan beberapa resipi mudah untuk Maduners cuba buat dengan anak-anak istimewa korang. Mesti best!
Aiskrim
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar.
- Kisar selama 10-15 minit.
- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
- Taburkan chocolate rice sebagai hiasan.
- Sejukkan di dalam peti ais selama 24 jam.
Ataupun untuk lebih mudah, anda boleh tonton dan ikut resipi aiskrim viral magnum dengan hanya 6 bahan saja ini!
Sandwich Telur Mayo
Bahan-bahan:
- 4 keping roti wholemeal disapu margerin
- 4 biji telur rebus
- 2 helai daun salad
- Mayonis
- Garam
- Gula
Cara penyediaan:
- Rebus 4 biji telur terlebih dahulu. Setelah masak, lenyek kasar telur tersebut dan campurkan bersama mayonis.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Boleh juga tambah lada hitam kalau anak-anak Maduners tahan pedas. Ketepikan.
- Sapukan margerin pada setiap permukaan roti.
- Panggang roti atas kuali atau pembakar roti hingga berwarna coklat keemasan.
- Ambil sekeping roti, letakkan salad di atasnya dan letakkan campuran telur dan mayonis tadi. Kemudian, letakkan kepingan roti kedua ke atasnya. Siap!
Pankek Pisang
Bahan-bahan:
- 3 biji pisang
- 2 biji telur
- 1 sudu madu (optional)
Cara penyediaan:
- Mula-mula, lenyek pisang bersama telur sehingga sebati. Maduners boleh juga gunakan pengisar untuk hancurkan dua bahan ini.
- Bila dah siap hancurkan, boleh mula panaskan kuali leper. Oleskan sedikit mentega untuk menaikkan bau yang lebih wangi.
- Bila dah berbuih-buih, tandanya sebelah bahagian dah masak. Jadi. bolehlah terbalikkan dan tunggu hingga sebelah lagi bahagian masak.
Oh ya, untuk resipi ini seeloknya masak dengan non-stick pan supaya tak melekat. Guna api perlahan sahaja supaya pancake masak dengan sekata dan tak hangus.
Pizza
Bahan-bahan:
- Roti pizza segera (boleh didapati di mana-mana kedai bakeri)
- Sos spaghetti
- Topping (sosej, ham, ayam rebus yang telah dicarik)
- Cendawan
- Tomato
- Bawang besar
- Parutan keju mozzarella
Cara penyediaan:
- Sapukan sos spaghetti di atas roti pizza segera.
- Susun topping pilihan korang seperti sosej, ham atau ayam rebus.
- Susun pula cendawan, tomato dan bawang besar diatasnya.
- Tutup roti pizza dengan parutan keju mozzarella. Walah, hasilnya memang sedap!
*untuk resipi ini, berikan kebebasan buat anak-anak untuk dekorasi pizza mereka dan pilihan topping mereka sendiri
Biskut Cip Coklat
Bahan-bahan:
- Tepung
- Serbuk penaik
- Baking soda
- Garam
- Oat
- Kacang pecan
- Mentega
- Gula perang
- Gula pasir
- Telur
- Coklat cip
Cara penyediaan:
- Menggunakan mangkuk sederhana, masukkan tepung, serbuk penaik, baking soda, garam, oat dan kacang pecan. Kacau dengan pemukul atau garpu hingga rata.
- Dalam mangkuk berlainan, pukul mentega, gula perang dan gula pasir bersama-sama selama 30 saat sehingga sebati dan tambahkan telur.
- Kemudian, tetapkan pengadun ke tetapan terendah dan secara berperingkat tambah campuran tepung yang kita buat pada awal tadi.
- Bila semua bahan dah sebati, masukkan coklat cip mengikut kesukaan korang.
- Bulatkan adunan dan bakar dalam ketuhar selama 9 minit. Bila dah nampak keperang-perangan, tandanya biskut dah masak. Biar biskut sejuk terlebih dahulu sebelum makan.
Resipi yang Anis kongsikan ini sangatlah mudah untuk dibuat bersama anak-anak istimewa korang. Bukan sahaja dapat eratkan ‘bonding’ korang dengan anak-anak, aktiviti memasak juga boleh meningkatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran motor halus, membaca dan mendengar arahan.
Selamat mencuba Maduners!