Botak Dan Gugur Rambut? Kenali Punca Masalah Rambut
Kesihatan rambut selalunya berkait rapat dengan kesihatan diri anda, tidak ada apa-apa yang boleh kita lakukan dari segi luaran untuk mengubah kualiti kesihatan rambut yang sudah tumbuh. Apa yang kita boleh lakukan adalah untuk meningkatkan tekstur luar rambut anda.
Apa yang paling penting sebenarnya adalah untuk menjaga kesihatan kulit kepala dan juga kesihatan dalaman diri anda. Ramai yang tidak tahu pentingnya kesihatan dalaman badan kita terhadap kualiti kesihatan kulit anda. Jagalah kesihatan kulit kepala anda dan dalaman anda seawal yang boleh, kebanyakan masalah rambut boleh terlihat dari awal. Jadi penghidaran awal adalah sangat bagus.
Mari kenali masalah kesihatan rambut anda.
1. Berkelemumur
Sumber Gambar: Firstderm
Percaya tak punca utama kepala yang berkelemumur adalah disebabkan dari stres? Dan sebab lain seperti tidak mencuci rambut dan kulit kepala kering. Jika anda mempunyai masalah ini, senang sahaja carilah shampoo yang anti-kelemumur. Bila kepala dah okay, gunalah cuma bila diperlukan atau sekali sekala sahaja.
2. Psoriasis
Sumber Gambar: EverydayHealth
Jika anda adalah seorang yang mempunyai ECZEMA & PSORIASIS keberangkalian anda mengalami kulit kepala adalah sangat tinggi. Jadi jika anda adalah salah satu yang mengalami masalah ini, jangan cuba untuk mengubatinya dengan sendiri. Sila rujuk dan lawatilah dhermatologist and trichologist.
3. Menopause
Semakin kita tua especially bila dah nak dekat dengan 40 diameter rambut anda akan mula berkurangan, ini menyebabkan anda merasa rambut anda lebih nipis. Seperti kulit anda semakin tua semakin kurang penghasilan rambut anda, apa yang anda boleh lakukan adalah sentiasa mencuci rambut dan jangan lupa untuk condition sekali dan jangan lupa untuk urut sekali. Ini adalah untuk menjaga dan memastikan kesihatan kulit kepala anda.
4. Hamil
Kehamilan adalah salah satu fasa di mana estrogen akan terhasil lebih di dalam badan wanita, dengan turunnya tahap androgen ini akan menyebabkan rambut gugur. Jangan biarkan badan anda tidak makan lebih dari 4 jam, ini kerana badan anda akan mula menggunakan nutrisi simpanan yang berada di rambut anda. Pengeluaran sebum akan berkurangan dan akan menyebabkan kulit kepala lagi kering, so jangan lupa untuk selalu condition rambut anda dan juga sentiasa moisturise rambut anda.
Ada banyak lagi masalah rambut yang lain, tetapi ini adalah yang paling selalu orang hadapi.