BTS ‘Surprise’ ARMY, Buka Akaun Instagram Peribadi! – Manis Madu
BTS ‘Surprise’ ARMY, Buka Akaun Instagram Peribadi!

BTS ‘Surprise’ ARMY, Buka Akaun Instagram Peribadi!

Kesemua tujuh ahli band boy terkenal, BTS dikhabarkan sudah membuka akaun Instagram peribadi semalam (6 Disember 2021), yang segera disahkan dan diikuti oleh akaun Instagram rasmi BTS untuk mengesahkan lagi kesahihan akaun tersebut. 

 

Jungkook menggunakan nama pengguna @abcdefghi__lmnopqrstuvwxyz, RM menggunakan @rkive, Jin menggunakan @jin, Suga menggunakan @agustd, nama pengguna J-Hope ialah @uarmyhope, Jimin menggunakan @j.m, dan V menggunakan @thv.

 

Menurut sumber, pembukaan akaun Instagram peribadi itu sebagai satu kejutan buat peminat tegar mereka atau ARMY yang rata-rata berharap ahli kumpulan itu memiliki akaun peribadi tersendiri.

 

Susulan itu, dalam masa 6 jam sahaja, kesemua akaun mereka sudah mencecah 10 juta pengikut dan masih meningkat ketika artikel ini ditulis. 

 

Dahsyat penangan BTS dan ARMY!

 

Selain itu, sebaik sahaja membuka akaun, mereka mula sibuk menyiarkan foto baharu dan mula berkomunikasi antara satu sama lain melalui aplikasi itu. Peminat yang mengikuti halaman idola global dapat melihat bagaimana setiap ahli discover perkara baharu tentang media sosial.

 

Peminat menerusi ciapan di Twitter berkongsi beberapa perkara yang ditemui oleh ahli BTS dan berkongsinya. Sesetengah peminat memerhatikan bahawa Jin menemui butang “suka”, manakala ada yang memerhatikan bahawa Jungkook menandai (tagging) dirinya dalam semua gambarnya.

Selain itu, Jungkook juga mendapat pujian kerana memiliki nama pengguna yang kreatif hingga trending #1 Worldwide di laman Twitter!

 

Maduners boleh check akaun Instagram ahli BTS di bawah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RM (@rkive)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jin of BTS (@jin)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SUGA of BTS 민윤기 (@agustd)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JHOPE (@uarmyhope)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIMIN of BTS (@j.m)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김태형 (@thv)

Post a Comment