Buat Aksi Persenda OKU, Geng Basikal Wanita Teruk Dikecam – Manis Madu
Buat Aksi Persenda OKU, Geng Basikal Wanita Teruk Dikecam

Buat Aksi Persenda OKU, Geng Basikal Wanita Teruk Dikecam

Semalam, tular di media sosial di mana dua orang wanita dilihat berkelakuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) ketika masuk ke dalam tandas untuk golongan OKU.

 

Menerusi video yang dimuat naik oleh @j0ker896 di TikTok, memaparkan dua orang wanita yang dipercayai penunggang basikal berlakon seperti golongan OKU untuk masuk ke dalam tandas yang dikhususkan untuk golongan berkenaan.

Di dalam video itu turut kelihatan salah seorang daripada mereka berlakon seperti mengalami kecacatan

 

“Tandas OKU lah katakan. Makanya…” tulis pemilik asal video tersebut.

 

Video berdurasi 9 saat itu meraih lebih 355.4k tontonan dan mendapat lebih empat ribu tanda suka di TikTok.

tik tok 1 (1)

Sehubungan dengan itu, netizen rata-rata berang mengecam individu melakukan aksi tidak sensitif itu.

tik tok 2 (1)

Anis ingin nasihatkan orang ramai supaya berfikir dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara terutamanya apabila merakam perbuatan tersebut untuk tontonan orang ramai. 

 

Kita boleh lihat netizen di media sosial kini lebih sensitif dengan pelbagai perkara tetapi melihat perbuatan seperti dalam video diatas, memang wajar mereka ditegur netizen kerana membuat lawak jenaka terhadap perkara yang sangat sensitif.

Post a Comment