Bukan Sahaja Enggan Pakai Pelitup, Penumpang Wanita Ini Aniaya Pemandu Uber! – Manis Madu
Penumpang Wanita Ini Aniaya Pemandu Uber

Bukan Sahaja Enggan Pakai Pelitup, Penumpang Wanita Ini Aniaya Pemandu Uber!

Kecoh di media sosial apabila rakaman video menyaksikan seorang penumpang wanita menganiaya serta menganggu seorang pemandu Uber hanya kerana diminta memakai pelitup muka tular di internet.

Pemandu yang bernama Subhakar Khadka, mengalami nasib malang apabila menerima seorang penumpang yang ingkar memakai pelitup muka.

 

Bukan itu sahaja, penumpang berkenaan bersama dua lagi rakannya mengganggu pemandu itu dengan cara batuk pada mangsa serta mengeluarkan kata-kata rasis.

 

Lebih malang, penumpang-penumpang itu mengeluarkan semburan lada terhadap pemandu tersebut!

 

Menurut laporan BBC, wanita terbabit telah ditahan susulan kejadian itu. Polis berkata, suspek dikenali sebagai Arna Kimiai, 24 tahun, tampil menyerah diri di balai polis.

 

Antara pertuduhan lain yang dikenakan terhadap Arna adalah menyerang dan melanggar undang-undang kesihatan dan keselamatan bandar itu.

 

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Sans Fransisco, Amerika Syarikat.

Post a Comment