Bulan Puasa Pun Aniaya Orang? Buat Tempahan Makanan Berbuka Tapi Ghaib! – Manis Madu
Bulan Puasa Pun Aniaya Orang_ Buat Tempahan Makanan Berbuka Tapi Ghaib!

Bulan Puasa Pun Aniaya Orang? Buat Tempahan Makanan Berbuka Tapi Ghaib!

Pilihan tempat berbuka puasa seperti buffet Ramadan dan pakej berbuka puasa di restoran-restoran ditawarkan oleh banyak hotel dan juga restoran.

 

Namun, di sebalik itu ada juga berita kurang menyenangkan terjadi yang menyebabkan kerugian sama ada di pihak pelanggan atau peniaga.

 

Baru-baru ini, melalui perkongsian di laman TikTok seorang peniaga meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang ditempah untuk berbuka puasa akhirnya hanya dipandang sepi.

@eila_theseafood Call sampai ke sudah tak angkat.bulan2 mulia pun sanggup menipu.#maggiketampower #fyp #fypdongggggggg #kedaiviral ♬ original sound – Nor Fazilah

Ini berikutan pelanggan yang menempah pakej berbuka puasa untuk 9 orang itu akhirnya tidak memunculkan diri.

 

“Kitorang restoran ni dah la struggle takde customer. Kalau taknak datang, boleh je cancel booking sebelum kitorang masak,” ujar pemilik akaun berkenaan.

 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada peniaga berkenaan selain menasihatinya agar mengambil wang pendahuluan terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tempahan.

 

“Sabar ye kak. Lepas ni kak kena ambil deposit. Bila orang buat mudah, kita permudahkan urusan orang. Dah lah banyak booking,” komen seorang netizen.

 

“Sebab tu kedai-kedai makan kalau ada customer booking untuk makan, mintak deposit dulu kalau kena macam ni tak la rugi sangat,” tambah netizen lain pula.

Post a Comment