Bumbung Rumah Kerap Bocor Rupa-Rupanya Ada Yang Menghuni!
Kehadiran haiwan-haiwan seperti lipas, cicak, lebah dan seangkatan dengannya mungkin dilihat biasa bagi setiap penghuni rumah.
Tetapi apa yang luar biasa dan mengerikan apabila baru-baru ini keluarga Harry Puglies mengetahui bahawa mereka juga tinggal sebumbung dengan sekumpulan ular yang membuat sarang di atas bumbung rumah sewanya!
Perkara mengerikan itu mula diketahui keluarga Puglies apabila siling rumahnya di Lafayette, Georgia, Amerika Syarikat runtuh dan menampakkan beberapa ekor haiwan reptilia itu terjuntai dari syiling berkenaan.
Menurut laporan Metro.uk, Puglies bagaimanapun mendakwa dia sudah beberapa kali membuat aduan kepada tuan rumah, John Stafford, mengenai kebocoran yang berlaku pada atap rumah sejak dia dan keluarganya berpindah masuk ke kediaman itu.
Namun hampa apabila aduannya tidak diendahkan menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menyelesaikan sendiri masalah tersebut dengan mengupah seorang tukang rumah untuk membaiki kebocoran atap berkenaan.
Dia juga memaklumkan bahawa dia tidak akan membayar sewa sehingga bumbung itu dibaiki dan kesemua haiwan serta serangga dimusnahkan sepenuhnya.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila tuan rumah itu memberi notis pengusiran kepada Puglies sekeluarga.