Wanita Tuduh Rakan Cuba Santau Selepas Jumpa Bungkusan Dalam Sup – Manis Madu
Wanita Tuduh Rakan Cuba Santau Selepas Jumpa Bungkusan Dalam Sup

Wanita Tuduh Rakan Cuba Santau Selepas Jumpa Bungkusan Dalam Sup

Seorang wanita menuduh rakannya mahu menghantar sihir santau melalui masakan selepas terlihat satu bungkusan ‘pelik’ dalam masakan sup yang disediakan rakannya itu, lapor Suara.

 

Wanita itu memuat naik hantaran video masakan sup yang disediakan rakannya melalui akaun TikTok nya selepas percaya rakannya itu berniat jahat.

@jannah_04_Ini aku ambilnya diam2, semoga ngk fyp takut kawannku lihat 😬♬ original sound – Linda Pašková

“Saya datang ke rumah rakan dan ketika itu dia sedang masak.

 

“Selepas melihat masakannya, saya jumpa satu bungkusan berbalut di dalam sup. Saya yakin dia berniat untuk menghantar santau kepada saya jadi saya enggan makan masakan itu,” demikian kenyataan yang ditulis wanita tersebut pada video yang dimuat naik.

 

Wanita berkenaan juga menambah bahawa dia merakam video tersebut secara senyap dan berharap agar rakannya itu tidak menonton video yang dimuat naik.

 

Sebaik sahaja menyedari bahawa bungkusan itu merupakan sup bunjut, netizen yang menonton terus beramai-ramai ‘menyerang’ wanita itu di ruangan komen.

 

“Kalau masak soto banjar juga begitu, jika tidak digunakan (untuk masak sup), boleh juga dibaling ke kepala rakan yang curiga,” tulis seorang lagi netizen.

 

Setakat ini, video berkenaan telah mencecah 2 juta tontonan di TikTok!

Post a Comment