Cakap Lemah Lembut Ketika Anak Tantrum, Warganet Puji Good Parenting Si Ayah!
Anak kecil tidak dapat lari dengan pelbagai ragam yang kadangkala menaikkan kemarahan para ibu. Namun, ibu bapa perlu ingat bahawa anak-anak juga memiliki hati dan perasaan.
Jika ditegur dengan herdikan atau jeritan, boleh berbekas di jiwa mereka dan paling ditakuti, mereka berpotensi membesar sebagai individu yang kasar.
Maka, ibu bapa perlu bersabar selain konsisten menunjukkan contoh terbaik buat anak-anak. Hal ini sama seperti yang ditunjukkan oleh pasangan ini yang berkongsi video mereka di laman TikTok.
Menurut perkongsian oleh @thepn93, video tersebut memaparkan gelagat suami serta anak lelakinya di rumah.
@ierashacReply to @thepn93 Nak kena bagi adik ke macam mana ni? #IDarwish♬ original sound – Iera_shac
Difahamkan, si cilik bernama Darwish itu dikatakan telah membaling mainan sebelum ditegur oleh bapanya membuatkan dia menangis dengan lebih kuat dan terjerit-jerit.
Tidak melatah dengan situasi itu, si bapa dengan penuh lemah lembut serta mengajak anaknya untuk mengikut apa yang dikatakan.
“Say Darwish, will not throw toys anymore. Sorry daddy,” pujuk suaminya dengan nada lembut sambil diikuti anaknya, Darwish.
Dalam pada itu, wanita yang berkongsi video ini sempat berseloroh adakah ini petanda anak tunggal mereka mahukan seorang adik pula.
“Nak kena bagi adik ke macam mana ni?” tulisnya pada keterangan video.
Video itu sehingga kini telah mendapat lebih 200k jumlah tontonan serta pelbagai reaksi positif diterima daripada warganet.
Bukan setakat tertarik dengan kecomelan Darwish meskipun sedang meragam, mereka turut memuji good parenting dipamerkan oleh ayahnya.