Hobi Kumpul Dawai Kokot, Gadis Tak Kisah Kena Perli – Manis Madu
Hobi Kumpul Dawai Kokot, Gadis Tidak Kisah Kena Perli

Hobi Kumpul Dawai Kokot, Gadis Tak Kisah Kena Perli

Setiap orang mempunyai hobi serta minat yang berbeza-beza. Ada yang gemar bercucuk tanam, melukis atau ada juga yang suka mengumpul barangan seperti mainan edisi terhad, kumpul setem dan lain-lain.

 

Namun, gadis ini mempunyai hobi yang unik iaitu mengumpul dawai kokot! 

 

Difahamkan, gadis ini sudah mula menyimpan dawai kokot terbabit sekitar dua tahun lepas.

 

Memetik laporan mStar, selain daripada faktor keselamatan, anak muda yang mesra disapa Tikah ini berkata, dia ingin melihat sejauh mana di boleh mengumpul dawai kokot tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Atikah (@_atikahzulkifli)

“Sebenarnya ada banyak lagi tapi ada staf yang buang.  Saya tak suka buang sesuka hati takut terpijak nanti melekat pada stoking sebab pejabat saya kena buka kasut.

“Saya kumpul sebab saya nak tengok sampai banyak mana saya boleh kumpul sepanjang projek yang saya buat sekarang,” ujarnya.

 

Selain dawai kokot, Tikah juga gemar mengumpul lebihan kertas berbentuk bulat yang terhasil apabila menggunakan hole puncher, kotak dan plastik.

 

Barangan yang disimpan akan diletakkan atau disusun sama ada di rumah atau di tempat kerjanya.

stapler 2 (1)

“Ada staf yang suka membebel sebab saya simpan barang tidak penting. Ada yang perli cakap saya suka kumpul barang-barang tak berfaedah, serabut mata tapi saya cuma diam. Suka hati saya la nak kumpul apa pun,” tambah Tikah.

 

Tikah juga merancang untuk menyediakan kotak baharu apabila dia mula dengan projek baharu.

 

“Saya tak ada niat pun nak jual sebab saya tak tahu boleh jual ke tak. Jadi saya plan nak continue je kumpul cuma saya akan asingkan kotak,” katanya.

Post a Comment