Casuarina Sini-Drive, Panggung Wayang Pandu Masuk Pertama Di Malaysia
Tahniah Madu ucapkan kepada negeri Perak kerana telah menjadi negeri pertama yang mempunyai panggung wayang pandu lalu (drive-in cinema).
Selalu nampak dekat cerita atau filem antarabangsa saja panggung wayang pandu lalu ini, sekarang dah ada dekat Malaysia.
Sumber Gambar: https://www.sini-drive.com.my/
Pawagam tersebut dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh dan merupakan idea atau inisiatif Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Ahmad Faizul Azumu.
View this post on Instagram
Sejajar dengan kempen #TravelPerakLah yang merupakan kempen pelancongan, panggung wayang pandu lalu ini diharap akan memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Maduners yang nak cuba berkunjung ke Casuarina Sini-Drive, Madu kongsi sedikit waktu operasi pawagam ini adalah setiap malam, kecuali Isnin dan menawarkan pakej antara RM36 hingga RM42.
Dah tahu pasal waktu operasi, sekarang mesti nak tahu mengenai tiket pula, Maduners jangan risau sebab korang boleh beli tiket online di https://www.sini-drive.com.my/
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Kalau tiba-tiba lapar pula jangan risau sebab korang boleh saja nyalakan hazard light dan pekerja akan datang ke kenderaan Maduners untuk ambil pesanan.
Tapi Madu ada nasihat, kalau Maduners penat atau tidak sihat, jangan berkunjung ke panggung wayang pandu lalu kerana jika Maduners tertidur dalam kenderaan dengan enjin terbuka boleh merisikokan diri keracunan gas karbon monoksida yang bocor dari ekzos kenderaan.