Cermin Mata Unik Peninggalan Kerabat Diraja India Bakal Dilelong! – Manis Madu
Cermin Mata Unik Peninggalan Kerabat Diraja India Bakal Dilelong

Cermin Mata Unik Peninggalan Kerabat Diraja India Bakal Dilelong!

Cermin mata berlian dan zamrud (emerald) dari zaman raja India yang tidak diketahui akan dijual di lelong di London akhir bulan ini.

 

Cermin mata itu akan ditawarkan pada lelong dengan harga £1.5 juta hingga 2.5 juta setiap satu, kata wakil dari Sotheby’s

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sotheby’s (@sothebys)

Menurut portal BBC, menjelang penjualan, cermin mata itu akan dipamerkan pada bulan Oktober untuk pertama kalinya di Hong Kong dan London.

 

“Ia akan memperlihatkan kepakaran pemotong dan hasil pertukangan yang digabungkan pada sepasang cermin mata, sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” kata Ketua Sotheby’s Timur Tengah dan India, Edward Gibbs.

 

Kenyataan oleh Sotheby’s mengatakan bahawa berlian dan zamrud dibentuk menjadi dua cermin mata itu.

 

Kanta berlian cermin mata itu – dibelah dua sebagai pasangan dari satu berlian semula jadi – dianggap berasal dari lombong Golconda di selatan India. Zamrud berbentuk air mata berasal dari zamrud Colombia tunggal.

 

Menurut Sotheby’s, berlian dan zamrud dibentuk untuk menjadi sepasang cermin mata itu.

 

“Kualiti dan kemurnian batu permata sangat luar biasa jadi tidak hairanlah ia menjadi simpanan maharaja,” tambahnya.

 

Kanta berlian dipotong daripada satu berlian untuk menjadikannya satu pasang cermin mata.

Post a Comment