Cincin Ketat & Sukar Ditanggalkan Gara-Gara PKP, Gadis Ini Trauma! – Manis Madu
Cincin Ketat & Sukar Ditanggalkan Gara-Gara PKP, Gadis Ini Trauma!

Cincin Ketat & Sukar Ditanggalkan Gara-Gara PKP, Gadis Ini Trauma!

Tidak dapat dinafikan, penangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buatkan ramai naik berat badan! Baju pun ada yang dah ketat dan tak muat.

 

Perkara itu yang berlaku kepada @zaty.kif yang mengalami kesukaran menanggalkan cincin yang dipakai kerana tiba-tiba ketat dan tidak boleh ditanggalkan!

@zaty.kif jari dh bengkak 😢😭 bila jari dah kembang 😭 #fyp #fypdong #viral ♬ original sound – Anggun Ayumie

Menurut perkongsian dibuatnya di laman TikTok menunjukkan dirinya sedang berusaha keras untuk menanggalkan cincin tersebut menggunakan sabun pencuci pinggan.

 

Kelihatan dalam video berkenaan juga, jarinya sudah mula merah dan  membengkak kerana usahanya menanggalkan cincin tersebut.

 

“Nak call abang bomba tapi sayang cincin kena patahkan nanti,” tulis keterangan video berkenaan.

 

Tambahnya lagi, pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu tempoh PKP sebelum ini menjadi punca cincin yang dipakainya hampir dua tahun tidak boleh ditanggalkan.

 

“Seumur hidup saya, tak pernah lagi jadi macam ni, ni semua gara-gara PKP, saya duduk rumah asyik makan.

 

“Saya mula sedar cincin itu lekat sebab saya nak tanggalkan untuk cuci cincin itu tapi tak boleh. Ada dalam tiga jam juga saya cuba nak tanggalkan tapi tak lepas,” ujarnya.

 

Setelah berusaha menggunakan sabun dan minyak selama beberapa jam, akhirnya cincin tersebut berjaya ditanggalkan.

 

Akibat kejadian itu, Zaty mengakui dia trauma untuk memakai semula cincin tersebut.

Post a Comment