Covid-19: Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan? – Manis Madu

Covid-19: Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan?

Mengikut kiraan Madu, sudah hampir 17 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia disebabkan oleh penularan wabak Covid-19.

Pertama kali dalam sejarah negara Malaysia melaksanakan perintah ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jadi, Madu nak tolong Maduners untuk faham dengan lebih baik mengenai PKP.

Menurut bekas Menteri Kesihatan iaitu Dr Dzulkefly Ahmad, Perintah Kawalan Pergerakan secara mudahnya adalah berada di rumah dan mengelak sebarang aktiviti sosial yang mana melibatkan orang ramai di kawasan awam.

Kalau nak lebih faham, ini adalah secara ringkas enam langkah yang telah disenaraikan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

 

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, institusi pendidikan dan lain-lain.
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara seperti pengangkutan, telekomunikasi, pertahanan dan beberapa premis lain.

Tetapi kalau ada Maduners yang masih kurang jelas, di bawah adalah imej yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia mengenai PKP.

Sumber Gambar: Kehakiman.gov.my

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, Maduners dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan asas.

Selain itu, amalkan penjarakan sosial dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Post a Comment