Covid-19: Pereka, Radzuan Radziwill Bantu Dengan Menjahit Baju PPE – Manis Madu

Covid-19: Pereka, Radzuan Radziwill Bantu Dengan Menjahit Baju PPE

Mampu menyiapkan 50 pasang jubah PPE setiap hari, usaha pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill ini patut menerima pujian.

 

Inisiatif oleh Radzuan Radiziwill ini merupakan satu usaha untuk membantu petugas dan jururawat yang berada di barisan hadapan dan ย mengalami masalah kekurangan jubah luar PPE.

 

Beliau memberitahu Berita Harian bahawa dia merasakan, pegawai kesihatan yang sedang fokus merawat pesakit Covid-19 seharusnya tidak perlu risau tentang perkara lain seperti kekurangan jubah PPE.

Radzuan menyatakan maklumat seperti ukuran, bahan untuk menyiapkan jubah PPE diperolehi daripada rakan doktornya yang bekerja di Hospital Serdang.

 

โ€œSehingga kini, sudah lebih 200 pasang jubah PPE yang telah dihasilkan dan saya sasar hendak menyiapkan 1,000 hingga 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung bagi membantu petugas barisan hadapan.”

 

โ€œSaya berharap rakan pereka fesyen dan juga mereka yang boleh menjahit untuk sama-sama membantu menjahit jubah PPE kerana saya mendapat maklumat bahawa setiap hari Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh guna 400 jubah PPE pakai buangโ€ katanya.

Radzuan Radziwill juga memuat naik gambar di laman Instagramnya dengan kapsyen โ€œJom beramal di rumah membantu frontliner for Covid19โ€.

Madu berharap mereka yang mampu dan berkebolehan untuk menjahit supaya sertai usaha baik ini agar dapat meringankan beban petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan kita.

Post a Comment