Covid-19 Bukan Penghalang Perarakan WomenMarchMY – Manis Madu

Covid-19 Bukan Penghalang Perarakan WomenMarchMY

Penularan wabak virus Covid-19 dilihat bukan satu halangan bagi sambutan Hari Wanita 2020 di Malaysia.

Sempena dengan sambutan Hari Wanita, berlangsungnya perarakan di kawasan berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bagi menuntut dan menyuarakan hak-hak asasi wanita.

Mereka yang menghadiri perarakan tersebut dilihat mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka dan pembersih tangan.

Selain tuntutan utama iaitu menghentikan semua keganasan seksual terhadap wanita, terdapat juga beberapa tuntutan lain seperti hak gaji sama rata bagi pekerjaan yang sama nilainya, mengubal akta kesaksamaan jantina dan lain-lain lagi.

 

Perarakan yang menuntut hak asasi wanita itu juga dilihat berarak di Dataran Merdeka sebelum berada di kawasan berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Post a Comment