Covid-19 Sudah ‘Bunuh’ 4 Juta Nyawa Dalam Masa 2 Tahun! – Manis Madu
Covid-19 Sudah ‘Bunuh’ 4 Juta Nyawa Dalam Masa 2 Tahun

Covid-19 Sudah ‘Bunuh’ 4 Juta Nyawa Dalam Masa 2 Tahun!

Sedar tak sedar sudah hampir dua tahun dua bergelut melawan virus Covid-19. Pelbagai perubahan sudah dialami oleh seluruh dunia berkaitan wabak maut ini.

 

Untuk pengetahuan Maduners, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi sudah mencecah 184.85 juta! Ini berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

 

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.76 juta kes, lapor ABC News.

 

Ini diikuti India dengan lebih 30.66 juta kes dan Brazil dengan lebih 18.85 juta kes.

 

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki, Rusia dan United Kingdom. Argentina dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

 

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.37 juta kes. Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.45 juta. Malaysia lebih 799,000 kes.

 

Manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 301,000 dan lebih 62,000 kes.

 

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 4 juta kes.

 

Ia berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

 

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 606,000 kes. Ini diikuti Brazil dengan lebih 526,000 kes, India lebih 404,000 kes, Mexico lebih 233,000 kes.

 

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

 

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

 

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 62,000 kes korban.

 

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 25,000 diikuti Malaysia lebih 5,000 kes. Thailand dengan lebih 2,000 angka korban.

Post a Comment