Bertindak Agresif Terhadap Polis, Bekas Ratu Cantik Serta Rakan Positif Ganja Direman – Manis Madu
Bertindak Agresif Terhadap Polis, Bekas Ratu Cantik Serta Rakan Positif Ganja Direman

Bertindak Agresif Terhadap Polis, Bekas Ratu Cantik Serta Rakan Positif Ganja Direman

Seorang bekas ratu cantik dan rakannya ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk seorang anggota polis serta merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, pada awal pagi Khamis, lapor Astro Awani.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu, kenderaan suspek tidak berhenti ketika pemeriksaan SJR di Lebuhraya Persekutuan dari ibu negara menghala Klang.

 

Katanya, suspek sebaliknya memecut kenderaan itu ke Jalan Universiti, di sini.

 

“Anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahan mereka di Jalan Universiti,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

 

Katanya, wanita itu juga menumbuk anggota polis ketika ditahan.

 

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin memberitahu, hasil saringan awal ujian air kencing terhadap suspek dan rakannya yang masing-masing berusia 20-an mendapati mereka positif ganja.

 

“Ujian pernafasan yang dilakukan juga mendapati terdapat kandungan alkohol tinggi dalam badan,” ujarnya.

 

Kedua-dua suspek katanya, kini ditahan reman dua hari sehingga esok bagi siasatan lanjut.

Post a Comment