Dah Boring Makan Buffet Hotel, Cuba Pengalaman Baru Berbuka Di Ladang Pula! – Manis Madu
Dah Boring Makan Buffet Hotel, Cuba Pengalaman Baru Berbuka Di Ladang Pula!

Dah Boring Makan Buffet Hotel, Cuba Pengalaman Baru Berbuka Di Ladang Pula!

Sebut bulan Ramadan, antara yang menjadi tarikan utama adalah makanan. Bulan yang akan meriah dengan makanan!

 

Restoran dan hotel mewah juga tidak ketinggalan dengan mengadakan ‘buffet Ramadan’ sepanjang bulan puasa.

 

Namun, buffet di restoran atau hotel dah biasa sangat! Nak lebih rare tapi kemeriahannya lebih kurang sama, Maduners boleh cuba berbuka di ladang pula!

 

Menerusi laman TikTok, seorang lelaki berkongsi pengalamannya berbuka puasa di ladang Farm Fresh.

@syaq__Bosan makan dkt hotel? Meh makan dekat ladang♬ Suasana Di Hari Raya (Lofi) – Mothership.Sg

Hello guys, so hari ini aku nak ajak korang kita pergi berbuka di ladang Farm Fresh. Haa, asyik makan di hotel je jom kita berbuka di ladang pulak,” kata lelaki berkenaan dalam videonya.

 

Ladang Farm Fresh yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menawarkan pemandangan yang sangat indah sebaik sahaja memasuki kawasan ladang berkenaan.

 

Bukan sahaja disajikan dengan juadah yang sedap, pengunjung juga berpeluang bersiar-siar di seluruh kawasan ladang dan mendapat doorgift berupa sekotak susu Farm Fresh.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan ‘idea’ berbuka di ladang seperti ditunjukkan pemuda ini.

 

Di video lainnya, pemuda berkenaan ada berkongsi cara-cara mendaftar untuk berpeluang berbuka puasa di ladang berkenaan. Check them out guys!

Post a Comment