Dah Buat Onar Bagi Adik Menangis, Si Kakak Pandai ‘Coverline’ Pura-Pura Solat – Manis Madu
Dah Buat Onar Bagi Adik Menangis, Si Kakak Pandai ‘Coverline’ Pura-Pura Solat

Dah Buat Onar Bagi Adik Menangis, Si Kakak Pandai ‘Coverline’ Pura-Pura Solat

Tidak dinafikan, ketika ini memang ramai ibu bapa yang lebih bersikap terbuka berkongsi tentang anak-anak di media sosial. Banyak video-video lucu tentang gelagat kanak-kanak dimuat naik untuk tontonan umum. Memang geram tengok sebab comel sangat!

 

Sama juga seperti satu perkongsian yang tular di laman TikTok tentang gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang membuat helah untuk cuba mengelak daripada dimarahi ayahnya.

@matjayniedia dah buat adik tngan terkepit dia takut kna libas buat akal solat

♬ bunyi asal – matjaynie

Rakaman video berdurasi 18 saat itu menunjukkan ayah kepada kanak-kanak itu merakam aksi si kakak yang cuba ‘cover line’ selepas menjadi punca tangan adiknya tersepit.

 

Apa yang membuatkannya lucu adalah apabila si kakak secara automatik dilihat mendirikan solat atas sejadah dan nampak begitu ‘khusyuk’ sehingga tak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling.

 

Agaknya, si kakak yang comel ini melakukan perbuatan seperti itu untuk mengelak daripada dimarahi sekaligus boleh melembutkan hati si ayah. Untung-untung ayah lembut hati!

 

Perkongsian itu ternyata cukup untuk menghiburkan warganet yang rata-rata meninggalkan komen sedemikian. Tidak kurang juga ada yang berteka teki dengan apa yang dihajatkan oleh kanak-kanak comel ini ketika solat tersebut.

 

“Dalam solat, dia cakap Ya Allah selamatkan aku dari kena tibai,”

 

“Bagus kakak ini, solat minta dijauhkan segala musibah”

 

“Hahahaha, auto semayang ye dik! Acik gelak sampai keraih perut,”

 

Pandai dia buat helah nak elak kena marah ye. Comel betul!

Post a Comment