Paha Ketat Punca Sakit Belakang? Cuba Periksa Belakang Badan Korang Masih Steady Tak! – Manis Madu
Paha Ketat Punca Sakit Belakang_ Cuba Periksa Belakang Badan Korang Masih Steady Tak!

Paha Ketat Punca Sakit Belakang? Cuba Periksa Belakang Badan Korang Masih Steady Tak!

Sakit belakang selalu dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

 

Rasa tidak selesa dan sukar melakukan aktiviti harian pasti dirasai jika berlaku sakit belakang.

 

Kalau Maduners nak tahu, terdapat banyak faktor berlakunya sakit belakang namun ada juga kes yang tidak dapat dikenal pasti apa punca sebenarnya.

 

Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang pakar berkongsi cara untuk mengenal pasti jika seseorang individu berisiko mendapat sakit belakang. Maduners boleh tengok video di bawah ini:

@syafiqishak__ Kajian menunjukkan ketat pada paha boleh menyebabkan sakit belakang 😖 #physiotherapy ♬ Ive nightcore – kpop nightcore 🫶🏼

Korang boleh buat tak macam apa yang ditunjukkan seperti dalam video di atas? Kalau tak boleh, mesti ada something wrong dengan bahagian belakang korang. Haa, jaga-jaga!

 

Antara cara untuk nak elakkan daripada terkena sakit belakang, korang boleh cuba: 

 

  • Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
  • Berehat untuk meregangkan belakang badan
  • Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap Smear untuk mengesan Kanser Pangkal Rahim
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Amalkan cara hidup sihat

 

Kalau korang dah terkena sakit ini, boleh dirawat dengan kaedah seperti di bawah: 

 

  • Rehat yang cukup
  • Regangan pada bahagian belakang
  • Fisioterapi
  • Menggunakan ubat sapu
  • Ubat tahan sakit

 

Orang kata, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Bila dah terkena, mesti ambil masa untuk pulih seperti sediakala. Jadi, jaga kesihatan baik-baik na! Selagi boleh elak, elakkan lah.

Post a Comment