Dah Penat Bertukang, Keluar Wang Sendiri! Guru Anggap Sudah Masanya Bersuara Tentang Kedaifan Fasiliti Sekolah – Manis Madu
Dah Penat Bertukang, Keluar Wang Sendiri! Guru Anggap Sudah Masanya Bersuara Tentang Kedaifan Fasiliti Sekolah

Dah Penat Bertukang, Keluar Wang Sendiri! Guru Anggap Sudah Masanya Bersuara Tentang Kedaifan Fasiliti Sekolah

Meskipun sudah memasuki tahun 2022 namun fasiliti kebanyakan sekolah di Malaysia masih di takuk lama. Buruk, rosak, tidak berfungsi dengan baik. Itu adalah gambaran kedhaifan sekolah-sekolah di negara kita terutamanya di kawasan pedalaman.

 

Ini berikutan luahan seorang guru bernama Mohd Fadhli Salleh yang mahukan perubahan terkait fasiliti sekolah yang disifatkan masih daif meskipun berada di abad teknologi tinggi sekarang.

Menurutnya, cadangan berkaitan sistem pendidikan semakin lama semakin hebat namun sayangnya isu kedaifan fasiliti sekolah masih dipandang sepi oleh ‘orang atasan’ untuk dinaik taraf.

 

“Konsep digital learning, futuristic education, Sekolah Sejahtera dan macam-macam nama yang gah dan hebat lagi didengar. Silibus selaju roket cuba memintas negara maju yang lain. Sedangkan prasarana dan fasiliti di sekolah tak di ‘upgrade’,” tulisnya.

 

Tambah guru itu, selama ini guru-guru tidak pernah merungut apatah lagi berkeluh kesah apabila terpaksa melakukan kerja-kerja yang bukan dibawah bidang tugas mereka namun apabila beban makin bertambah dan fasiliti masih tidak berubah, perkara ini perlu disuarakan.

 

“Namun bila beban terus ditambah sedangkan fasiliti tidak berubah, ia perlu dihebah agar yang atas sana buka mata,” tambahnya.

 

Guru-guru ini juga difahamkan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki prasarana sekolah yang rosak dan uzur.

 

Cikgu Fadhli juga berkata, sepatutnya perkara seperti naik taraf prasarana dan fasiliti perlu seiring dengan perancangan pendidikan negara. Barulah seimbang!

 

Di ruangan komen, rata-rata guru turut bersetuju dengan apa yang diluahkan Cikgu Fadhli dan menceritakan situasi yang berlaku di sekolah mereka.

 

“Baru tadi relief satu kelas ni, awat tutup kipas? Cikgu panas ni. Murid tunjuk, cikgu tengok kipas tu macam nak jatuh dah. Saya pun dongak ke atas. Pastu saya kata ok tutup …tutup…cikgu nak hidup lama lagi,” komen seorang netizen.

 

Bila mohon peruntukan tak dilayan, mohon kerap kali di katakan menyalak macam anjing, akhirnya buat sendiri itu pun macam-macam prosedur. Bila minta untuk baikpulih tak boleh sebab buat sendiri, dunia dunia,” tambah seorang netizen.

 

Prasarana di sekolah bukan semata-mata untuk keselesaan atau kesenangan tetapi penting demi keselamatan pelajar dan juga guru-guru. Kalau fasiliti di sekolah masih daif dan uzur, bagaimana nak realisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia?

Post a Comment