Masakan Isteri Tak Salah! Doktor Beritahu Punca Suami-Suami Cenderung Buncit Selepas Kahwin – Manis Madu
Masakan Isteri Tak Salah! Doktor Beritahu Punca Suami-Suami Cenderung Buncit Selepas Kahwin

Masakan Isteri Tak Salah! Doktor Beritahu Punca Suami-Suami Cenderung Buncit Selepas Kahwin

‘Gejala’ perut buncit seringkali dikaitkan dengan keadaan kaum lelaki selepas bernikah. Boleh dikatakan kebanyakan suami akan berdepan situasi seperti ini apabila berubah status menjadi suami.

 

Selalunya perut buncit atau boroi ini akan dikaitkan sebagai ‘tanda bahagia’ dan tidak kurang juga yang berkata ini berpunca daripada isteri yang pandai memasak sehingga suami berselera makan.

 

Namun, melalui perkongsian seorang doktor di laman TikTok dikenali sebagai @drraihanaismail, sebenarnya ada penjelasan saintifik berkaitan kenapa lelaki boleh menjadi boroi.

@drraihanaismail Reply to @sepihidup1 tag kat suami memasing. Cara nak hilangkan buncit lepas kawen. #fyp #fypシ #foryoupage #efferty #ikhtiarhamil #tiktokguru #jombelajar ♬ original sound – Dr Raihana Ismail

Menurut Dr Raihana Ismail, lelaki lazimnya berperut buncit kerana rembesan estrogen yang berlebihan melalui makanan dalam tin seperti sardin dan minuman tinggi kandungan gula.

 

Selain itu, bahan kimia seperti paraben dan benzoil peroksida yang terkandung dalam alat penjagaan seperti deodoran dan minyak wangi turut menjadi punca kepada gejala berkenaan.

 

Dalam pada itu, Dr Raihana juga turut menafikan bahawa kerap ‘bersama’ merupakan punca utama lelaki memiliki perut boroi.

 

Tambahnya lagi, jika penhasilan estrogen dalam kalangan kaum lelaki lebih tinggi berbanding testosteron, tahap kesuburan dan penghasilan sperma juga mungkin terganggu.

 

Haa, oleh itu buat para suami atau lelaki yang nak kurangkan kebuncitan, pengambilan makanan perlu dikawal dan dijaga dengan baik untuk lebih sihat dan sentiasa melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.

Post a Comment