Dalam Sistem Dah Delivered Tapi Barang Tak Dapat? Tip Shopee Wajib Tahu!
Pembelian secara atas talian sememangnya menjadi kegilaan ramai lebih-lebih lagi dimusim pandemik ini. Dalam cart sahaja mesti dah berpuluh yang disimpan sementara nak tunggu gajikan?
Pembelian atas talian ini memang senang dan menyeronokkan sebab duduk sahaja di hadapan telefon atau laptop tahu-tahu barang dah sampai.
Tapi apa yang tak seronoknya bila barang yang dipesan mengalami masalah seperti lambat terima, barang rosak dan yang paling membimbangkan apabila dalam sistem tulis dah delivered tapi barang masih belum dapat atau tersangkut di mana-mana.
Mesti Maduners pun pernah berada dalam situasi macam ini kan? Kalau perkara seperti ini berlaku pada Maduners semasa membeli secara atas talian di Shopee, Maduners jangan panik dulu dan cuba ikut langkah-langkah ini:
#Periksa Sekeliling Rumah
Pertama sekali apa yang korang perlu buat sekiranya barang tak ada atau tersangkut di mana-mana tapi dalam sistem sudah ditulis delivered adalah periksa terlebih dahulu sekeliling rumah.
Periksa di dalam peti surat, atas dan bawah kereta, dalam raga moto dan kawasan-kawasan yang korang rasa berkemungkinan tercicir.
Korang juga perlu tanya ahli keluarga yang lain atau jiran berhampiran mana tahu mereka dah ambilkan tapi lupa nak maklum.
Kalau dah tak ada sangat barulah anda pergi ke langkah seterusnya!
#Return/ Refund Barang
Seperti yang Maduners sendiri sedia maklum bahawa perkhidmatan Shopee boleh ini mampu memulangkan barang atau duit sekiranya barang yang dibeli mengalami masalah.
Sebelum menekan butang return atau refund, Maduners perlu pastikan tarikh penghantaran yang tertera adalah lebih dari tarikh yang nak diminta untuk pulangan.
Sebagai contoh barang yang korang beli itu memaklumkan bahawa barang akan sampai 17 Julai tapi dah 30 Julai masih belum gerak atau tak sampai-sampai lagi .
Kalau dah pastikan tarikh betul-betul baru korang gunakan langkah ini iaitu tekan butang return atau refund yang tertera pada kedai yang korang beli.
Kemudian pilih jenis return atau refund yang tertulis “ did not receive the order” dan akhir sekali tulis description apa yang korang nak tulis sebelum menekan butang hantar.
Tulislah berapa panjang penerangan pun yang mahukan sampai puas hati.
#Tunggu Tindak Balas Penjual
Mana-mana penjual yang faham dia akan memilih “dispute” dan tekan “ i have shipped the item and have proof of shipment”
Bila dah sampai ke langkah yang ini Maduners kena sabar sikit supaya pihak Shopee boleh menyemak semula dengan pihak courier.
Isu ini kebiasaannya mengambil masa dalam dua ke tiga hari untuk mendapatkan maklum balas dari pihak Shopee, tapi kalau Shopee pun senyap, anda boleh chat semula untuk kemaskini.
Maduners tak perlu susah hati atau risau jika barang yang dibeli tidak diterima dalam tempoh yang telah ditetapkan sebab korang boleh jerr request untuk refund semula dan pihak Shopee akan siasat dulu sebelumnya.
Kalau untuk barang yang tersekat atau pending terlalu lama pula, pihak Shopee sendiri akan desak courier untuk hantar barang korang yang pending itu.
Begitu juga untuk barang yang memang terbukti rosak, tak cukup atau hilang dan tak dapat nak cari dimana-mana. So, pihak Shopee akan bayar semula kepada peniaga dan pembeli berkenaan.
Jadi, Maduners semua dah boleh bershopping dengan tenang tanpa perlu risau apa-apa lagi kerana semuanya pasti dijamin!
Happy shopping guys!
Sumber: myjoe_