Dari ‘banker’ Kepada ‘baker’, Kejar Impian Pada Usia 56 Tahun!
Tidak pernah terlambat untuk kita kejar impian kita kerana impian itu wujud untuk dicapai bukan hanya untuk diimpikan sahaja.
View this post on Instagram
Itulah perkara yang patut dipuji oleh seorang individu bernama Zulkilflee Mawan, 56 tahun yang berhenti kerjanya sebagai seorang pengurus di bank pada usia 50 tahun untuk menjadi seorang pembuat kek.
Perkara tersebut menjadi tular selepas anaknya iaitu Aiman Zulkiflee mendedahkan perkara tersebut di laman media sosial Twitter miliknya.
My dad quit his job at 50, after 25 years as a banker to pursue a dream. From banker to baker…
Here’s me sharing his handiwork from today 🙂 pic.twitter.com/eXv4cJ0w1Q— • (@aimanzulk) April 15, 2020
Berdasarkan maklumat daripada @aimanzulk, bapanya berhenti kerja pada umur 50 tahun yang mana sudah bekerja selama 25 tahun sebagai pengurus bahagian pengurusan risiko di Bank Negara Malaysia.
@aimanzulk juga berkongsi hasil kerja tangan ayahnya iaitu Zulkiflee Mawan membuat kek.
Menurut sumber daripada temubual mStar bersama Zulkiflee, dia berkata, tidak pernah terlintas untuk menjadi pembuat kek kerana memasak bukan kepakarannya.
Zulkiflee yang juga merupakan alumni Universiti Kebangsaan Malaysia berkata selepas berfikir dan berbincang dengan isterinya, Zulkiflee membuat keputusan untuk menjadi pembuat kek kerana sudah hilang motivasi di tempat kerjanya.
View this post on Instagram
Kini, Zulkiflee memiliki bakerinya sendiri iaitu “Banker2baker” di Wangsa Maju dan mempunyai barisan pelanggan yang mempunyai status tinggi seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dirinya juga telah membakar dan menghias kek ulang tahun kelahiran ke-93 untuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Walaupun perniagaan kini agak terjejas disebabkan wabak Covid-19, Zulkiflee sudah menyusun beberapa strategi dan salah satunya dengan menjual kuih yang dibakar sendiri untuk Hari Raya.