Dari Dunia ‘Catwalk’ Ke ‘Highway’, Bekas Finalis Miss England Jadi Pemandu Lori! – Manis Madu
Dari Dunia ‘Catwalk’ Ke ‘Highway’, Bekas Finalis Miss England Jadi Pemandu Lori!

Dari Dunia ‘Catwalk’ Ke ‘Highway’, Bekas Finalis Miss England Jadi Pemandu Lori!

Seorang bekas finalis pertandingan ratu cantik Miss England 2018, dilaporkan kini giat berlatih untuk menjadi pemandu lori.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @millyeveratt

Milly Everatt dari Eastoft, Lincolnshire mengambil keputusan itu berikutan krisis kekurangan pemandu lori yang berlaku di United Kingdom (UK).

 

Memetik laporan akhbar Daily Mail, Everatt yang juga anak petani bekerja keras ke arah mencipta kerjaya baharu untuk menangkis stereotaip dalam industri tradisional yang didominasi oleh golongan lelaki. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @millyeveratt

Everatt ketika ini berlatih untuk kategori lesen pemandu kenderaan barangan berat (HGV) kelas 1 dan 2 yang mungkin menyaksikan model berusia 22 tahun itu bakal memandu lori membawa muatan seberat 44 tan.

 

Sebelum ini, Everatt sudah biasa memandu traktor di sekitar ladang milik bapanya. Malah, beliau percaya langkah diambilnya akan membawa perubahan besar dalam industri logistik.

 

Selain Miss England, Everatt yang juga bekas Miss Lincolnshire itu pernah dinobatkan sebagai Miss Charity pada pertandingan ratu cantik 2018 selepas berjaya mengumpul wang paling banyak bagi tujuan kebajikan.  

 

Selepas empat tahun, Everatt kini berusaha untuk menjadi pemandu lori bagi membuktikan ‘bukan lelaki sahaja’ yang mampu mengendalikan kenderaan berat.

Post a Comment