Dashcam & Wanita, Apa Sebenarnya Kegunaan Dashcam Ini?
Zaman sekarang, boleh dikatakan setiap bulan akan ada saja kes-kes viral yang melibatkan kemalangan.
Kenapa viral ? Sebab dashcam rakam semuanya dan menjadi bahan bukti utama sesuatu kes kemalangan!
Yes dashcam! bukan saja pemanduan yang baik, cermat dan teratur tapi dashcam telah menjadi salah satu elemen keselamatan yang perlu ada pada kereta anda.
Lebih-lebih lagi wanita di luar sana! Keselamatan Maduners patut diutamakan.
Dashcam sebenarnya adalah satu alat yang diletakkan di bahagian dashboard kereta ataupun disangkut pada cermin pandang belakang.
Dengan tujuan untuk merakam apa-apa kejadian yang melibatkan kenderaan anda.
Apa fungsi dashcam ? Kenapa perlu ada, ok jom Fazlan ceritakan fungsi utamanya.
Bahan Bukti
Inilah kepentingan utama dashcam, apabila berlakunya apa-apa kemalangan seperti dilanggar atau kita yang melanggar kereta di hadapan, rakaman dashcam inilah menjadi bahan bukti utama ketika menyelesaikan kes.
Bukan sahaja di peringkat perbincangan sesama mereka yang kemalangan tetapi rakaman dari dashcam ini juga boleh diambil kira sebagai bukti dalam perbincangan mahkamah tau !
Jadi kalau anda tak salah dan dituduh bersalah, dashcam ini lah harapan terakhir anda untuk membela diri !
Selain dari fungsi, kita juga harus tahu beberapa hal sebelum membeli dashcam untuk kerta anda.
Terdapat beberapa spesifikasi yang perlu anda pertimbangkan.
#1 Resolusi Video
Ini sangat penting ya, kenapa? Sebab apabila resolusi terlalu rendah, rakaman anda akan menjadi tidak jelas dan sukar untuk menangkap nombor plat kereta yang terlibat.
Apa yang Fazlan sarankan adalah cari dashcam yang mempunyai resolusi minimum 720p.
Nak yang lebih sehingga 2k itu boleh tapi risau nanti ada masalah dengan storan pula jadi 720p sudah mencukupi.
#2 Kapasiti Simpanan Memori
Ini juga sangat penting kerana anda perlu membeli saiz memori yang sesuai dengan waktu pemanduan anda.
Kebiasaannya, rakaman berdurasi 1 jam bagi video dengan resolusi 720p memerlukan saiz storan lebih kurang 1GB hingga 2GB, berbeza bagi 2k yang memerlukan storan hampir 6GB bagi sejam rakaman.
Satu lagi tips, jika anda membeli dashcam yang harganya murah dan kurang kualiti, pastikan anda menggunakan kad simpanan memori yang asli dan bukan fake ya !
#3 Night Vision
Night vision ini wajib jika anda suka memandu pada waktu malam, tapi jika anda hanya memandu pada waktu siang, anda boleh lupakan spesifikasi ini!
Jadi, semua dah faham kan kenapa perlu ada dashcam dan apa yang perlu tahu sebelum beli?
Ingat, sediakan payung sebelum hujan okay !
Sumber Gambar: Careta, Taiwan Trade