Cardi B Umum Kehamilan Kedua Ketika Buat Persembahan – Manis Madu
Cardi B Umum Kehamilan Kedua Ketika Buat Persembahan

Cardi B Umum Kehamilan Kedua Ketika Buat Persembahan

Bintang rap popular, Cardi B membuat pengumuman mengejutkan di Anugerah BET 2021 ketika membuat persembahan pada malam Ahad.

 

Harper’s BAZAAR melaporkan, Cardi muncul di Microsoft Theatre di LA untuk upacara Anugerah BET dengan mengenakan baju dengan potongan yang menampakkan perutnya. 

 

Dia juga memuat naik gambar di laman Instagram dengan caption “#2! ♥ ️ @offsetyrn,” sambil menandakan suami merangkap rakan rappernya, Offset.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cardi B (@iamcardib)

Kehamilan Cardi kali ini merupakan anak kedua bagi pasangan itu. Mereka menyambut kelahiran anak perempuan pertama, Kulture Kiari Cephus pada bulan Julai 2018.

 

Cardi telah mengumumkan bahawa dia hamil beberapa bulan sebelumnya, semasa penampilan tetamunya di Saturday Night Live. 

 

Pendedahan pada skrin malam itu menandakan pengumuman bayinya yang kedua di televisyen sama seperti kehamilan pertamanya.

 

Untuk rekod, Cardi dan Offset telah berkahwin secara diam-diam pada tahun 2017 dan pernah membuat permohonan cerai pada tahun 2020. Namun, permohonan itu dihentikannya dua bulan kemudian.

Post a Comment