Dendam Dibaling Selipar, 7 Kali Monyet Curi Nombor Plat Kereta ‘Musuhnya’ – Manis Madu
Dendam Dibaling Selipar, 7 Kali Monyet Curi Nombor Plat Kereta Musuhnya

Dendam Dibaling Selipar, 7 Kali Monyet Curi Nombor Plat Kereta ‘Musuhnya’

Monyet merupakan antara haiwan yang menjadi ‘ancaman’ dan mampu mengucar-kacirkan kehidupan orang awam yang tinggal berhampiran dengan habitat asalnya.

brown monkey on railing

Selalu juga kita lihat perkongsian video mereka diganggu makhluk ini samada di kawasan perumahan atau di asrama-asrama universiti.

 

Begitu juga yang berlaku kepada pemilik akaun TikTok @hhtysm yang memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seekor monyet sedang mengopak nombor plat keretanya.

@hhtysmDah 7 kali dia curi no plate kereta, jumpa serpihan2 dekat hutan belakang 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ #monkey #fypシ #fypdongggggggg #monkey #fypgakni♬ original sound – W

Lebih melucukan adalah kejadian itu bukan pertama kali berlaku malah sudah 7 kali kejadian curi nombor plat ini terjadi oleh seekor monyet!

 

“Ni bukti ye dia curi nombor plat kereta kalau korang tak percaya lagi tak tahu lah. Dah 7 kali dah, 7 kali dia ambil ni! 

 

Kereta lain dia tak ambil, kereta merah ni je dia ambil. Agaknya dia buat collection kot dekat hutan belakang tu,” ujar wanita tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet begitu terhibur dengan gelagat monyet yang dilihat bersungguh-sungguh mencabut nombor plat tersebut sehingga berjaya.

 

Terdapat juga komen yang bertanya adakah pernah berlaku sesuatu antara mereka sehingga menyebabkan monyet itu tidak putus asa ‘mengganggu’ berterusan.

 

Wanita itu kemudian membalas dengan mengatakan dia pernah membaling selipar ke arah monyet tersebut dan dipercayai itu adalah punca kenapa monyet itu ‘berdendam’ dengannya.

 

Patutlah sampai 7 kali dia masih curi nombor plat pemilik kereta ini, ada dendam lama rupanya! Semoga ada harapan untuk berbaik ye, tak elok bermusuh begini.

Post a Comment