Raba Payudara Pramugari & Tumbuk Kru Kabin, Penumpang ‘Dilekat’ Di Tempat Duduk Sepanjang Perjalanan – Manis Madu
Raba Payudara Pramugari & Tumbuk Kru Kabin, Penumpang ‘Dilekat’ Di Tempat Duduk Sepanjang Perjalanan

Raba Payudara Pramugari & Tumbuk Kru Kabin, Penumpang ‘Dilekat’ Di Tempat Duduk Sepanjang Perjalanan

Seorang penumpang syarikat penerbangan yang bertindak agresif dengan menyentuh payudara dua pramugari serta menumbuk kakitangan syarikat penerbangan mengundang padah apabila dia terpaksa dilekatkan menggunakan pita pelekat di tempat duduknya sepanjang perjalanan.

 

Menurut laporan, Max Berry, berusia 22 tahun dari Ohio, Amerika Syarikat difahamkan telah mengambil minuman keras ketika kejadian itu berlaku.

Berry ditahan polis Miami sebaik pesawat mendarat dan berdepan tiga tuduhan

Polis Miami-Dade County berkata, Berry menggunakan cawan kosong untuk membolehkan dia menyentuh punggung pramugari ketika meminta minuman lain. 

 

Wanita itu meminta supaya tidak menyentuhnya, tetapi memberi minuman yang diminta penumpang berkenaan. Namun, Berry terus menumpahkan minuman baharunya lalu pergi ke tandas sebelum kembali tanpa memakai baju.

 

Tindakan Berry menyebabkan kru kabin perlu membantunya mengeluarkan baju kering dari beg sandang untuk dipakai.

 

Di ketika itulah Berry datang dari belakang dan memeluk dua pramugari wanita itu sebelum meraba payudara mereka.

 

Menurut seorang penumpang penerbangan yang duduk tepat di belakang Berry, lelaki berusia 22 tahun itu kemudian menumbuk seorang pramugari lelaki di muka.

 

“Dia mulai menjadi agresif dan menyerang pramugara,” katanya.

 

Kru kabin yang buntu bagaimana mengawal tindakan Berry terpaksa menggunakan pita pelekat untuk mengikat lelaki itu di tempat duduknya.

Berry kemudian ditahan polis Miami sebaik pesawat mendarat dan berdepan tiga tuduhan. Dia ditahan di sebuah pusat koreksional di Miami.

Post a Comment