Detik Cemas Apabila Ambulans Bawa Dua Bayi Terlibat Dalam Kemalangan – Manis Madu
Detik Cemas Apabila Ambulans Bawa Dua Bayi Terlibat Dalam Kemalangan

Detik Cemas Apabila Ambulans Bawa Dua Bayi Terlibat Dalam Kemalangan

Sayu rasa hati apabila ambulans yang membawa dua bayi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di simpang empat Kulim Hi-Tech, hari ini.

 

Harian Metro melaporkan, mangsa yang terdiri daripada dua bayi, dua wanita serta tiga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) difahamkan terselamat dari kemalangan terbabit.

 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 10.53 pagi.

 

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech yang diketuai Mohd Yusri Yusof  bagaimanapun tiba di lokasi tidak lama kemudian

 

Terdapat empat orang dalam ambulan iaitu dua bayi dan dua wanita serta tiga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang lagi adalah wanita dipercayai pemandu kereta berkenaan yang berusia 50-an” – Mohadul Ehsan.

 

Kedua-dua bayi yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala tiga orang kakitangan KKM serta dua wanita berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

 

Ambulans terbabit dipercayai dari klinik kesihatan Padang Kulim dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut. 

 

Identiti kesemua mangsa yang berada di dalam ambulans masih belum diperoleh setakat ini. 

 

Sumber Gambar: Harian Metro

Post a Comment