Mencari Rezeki & Ilmu Pada Masa Yang Sama, Rider FoodPanda Raih Pujian Netizen – Manis Madu
Mencari Rezeki & Ilmu Pada Masa Yang Sama, Rider FoodPanda Raih Pujian Netizen

Mencari Rezeki & Ilmu Pada Masa Yang Sama, Rider FoodPanda Raih Pujian Netizen

Kaedah pembelajaran atas talian yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan disebabkan pandemik Covid-19 sejak awal tahun lalu memberi laluan kepada segelintir pelajar untuk membuat kerja sambilan.

 

Selain dapat membantu kewangan keluarga, melakukan kerja sambilan dapat menambahkan pengalaman para pelajar.

 

Namun mereka perlulah bijak untuk seimbangkan antara kerja dan pembelajaran.

 

Terdapat satu perkongsian oleh seorang pengguna TikTok yang tular baru-baru ini. 

 

Pengguna tersebut dilihat merakam rakannya yang juga rider FoodPanda sedang mengikuti kelas online ketika menunggu pesanan pelanggan untuk dihantar.

Dapat dilihat pelajar berkenaan gigih menyalin nota sambil mengikuti kelas yang sedang dibuat oleh pensyarahnya.

 

Kegigihan serta kesungguhan pelajar itu berjaya meraih perhatian dan pujian warganet kerana dia tetap mengikuti kelas meskipun sibuk menjadi rider FoodPanda untuk menampung belanja harian.

 

Rata-rata warganet juga turut menitipkan doa agar pelajar tersebut terus dimurahkan rezeki dan setiap usaha yang dilakukan untuk belajar terus diberkati dan dipermudahkan.

Post a Comment