Dianggap Tidak Sensitif, Hero Marvel Israel Sabra Undang Kecaman Netizen – Manis Madu
Dianggap Tidak Sensitif, Hero Marvel Israel Sabra Undang Kecaman Netizen

Dianggap Tidak Sensitif, Hero Marvel Israel Sabra Undang Kecaman Netizen

Baru-baru ini, pengumuman mengenai filem Marvel terbaru iaitu Captain America: New World Order akan menampilkan penampilan sulung Marvel Cinematic Universe daripada wira-wira Israel Sabra yang akan dilakonkan oleh pelakon Israel, Shira Haas telah mencetuskan gelombang kritikan daripada warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shira Haas (@shirahaas)

Difahamkan, istilah ‘Sabra’ merujuk kepada orang Yahudi yang dilahirkan di Israel namun penggunaan istilah tersebut pada watak berkenaan disifatkan tidak sensitif apabila terkait peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada 1982.

 

Di Twitter, seorang pengguna Twitter bernama @yumna_patel membincangkan asal usul nama Sabra, menulis, “nampaknya ‘Sabra’ adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang Yahudi yang dilahirkan di Palestin (betulkan saya jika saya salah). Ia juga merupakan nama kejiranan di Beirut di mana tentera Israel menyelia pembunuhan beribu-ribu pelarian Palestin dalam Pembunuhan Sabra dan Shatila pada 1982.

“Bolehkah seseorang menjelaskan kepada saya mengapa mereka terus menggunakan nama Sabra? Perkara pertama yang hampir setiap rakyat Palestin ingat apabila kita membaca atau mendengar Sabra ialah pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatila, ia seperti disengajakan,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, netizen lain juga tidak lari daripada mengkritik kewujudan watak wira-wira Israel dalam siri Marvel tanpa mengira nama watak itu.

 

“Hero Marvel Israel Sabra mempunyai banyak kuasa, termasuk merobohkan rumah Palestin,” ujar Matthew John.

 

Watak Sabra dicipta oleh penulis, Bill Mantlo dan artis Sal Buscema. Ruth Bat Seraph a.k.a Sabra, membuat penampilan pertamanya pada tahun 1980-an dalam ‘Incredible Hulk #250” sebelum membuat debut rasmi pada tahun 1981 dalam ‘Incredible Hulk #256.”

Dianggap Tidak Sensitif, Hero Marvel Israel Sabra Undang Kecaman Netizen

Sabra dilahirkan di luar Baitulmaqdis dan setelah mendapat kuasa, dia dipindahkan ke Kibbutz yang dikendalikan kerajaan untuk mengasah kebolehannya. Watak ini digambarkan sebagai seorang mutan yang mempunyai kekuatan luar biasa dan keupayaan untuk memindahkan tenaga hidupnya kepada orang lain selain dia juga mahir dalam persenjataan dan pertempuran. 

 

Sabra juga boleh terbang dengan bantuan jalur pergelangan tangan anti-gravitinya dan telah berjuang menentang keganasan Hulk dan bekerjasama dengan X-Men dan Avengers.

Post a Comment