Didakwa Positif Covid-19 Kerana Bercuti Di Bali, Bunga Citra Lestari Tampil Perjelas Perkara Sebenar – Manis Madu
Didakwa Positif Covid-19 Kerana Bercuti Di Bali, Bunga Citra Lestari Tampil Perjelas Perkara Sebenar

Didakwa Positif Covid-19 Kerana Bercuti Di Bali, Bunga Citra Lestari Tampil Perjelas Perkara Sebenar

Selebriti popular Indonesia Bunga Citra Lestari atau mesra disapa BCL menafikan dakwaan kononnya dijangkiti Covid-19 selepas pulang daripada percutian di Bali baru-baru ini, lapor Kosmo!

 

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, penyanyi dan juga pelakon itu memberitahu bahawa dia didapati positif wabak maut tersebut.

 

Perkara tersebut terjadu selepas menjadi kontak rapat kepada beberapa penarinya selepas bertemu pada 10 Jun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

“Kepada mereka yang prihatin. Saya pergi ke Bali dari 29 Mei sehingga 2 Jun 2021. Kemudian saya sudah melakukan aktiviti dan bekerja di Jakarta selepas menjalani proses ujian calitan pada 12 Jun lalu dan keputusannya negatif.

 

“Beberapa orang penari saya disahkan positif pada 13 Jun selepas mereka bertemu dengan saya pada 10 Jun 2021. Saya lakukan sekali lagi ujian calitan pada 14 Jun dan disahkan positif,” katanya dalam Instagram.

 

Menerusi hantaran itu juga, pelantun lagu Cinta Sejati itu turut mengingatkan netizen supaya tidak membuat tuduhan melulu dan mendapatkan info yang tepat sebelum menyebarkan sebarang berita.

 

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saya dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Bali.

 

“Mohon dapatkan penjelasan info yang tepat terlebih dahulu dengan bijak sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Untuk rekod, isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin kendiri selepas disahkan positif Covid-19 pada Selasa lalu.

Post a Comment