Anggota Bomba Tergamam Ditugaskan Ke Insiden Maut Anak Sendiri – Manis Madu
Anggota Bomba Adrian Smith Tergamam Ditugaskan Ke Insiden Maut Anak Sendiri Ella Brooke Smith

Anggota Bomba Tergamam Ditugaskan Ke Insiden Maut Anak Sendiri

Seorang anggota bomba di England tidak menyangka panggilan tugasan ke satu lokasi kemalangan baru-baru ini adalah untuk menyaksikan mangsa ialah anaknya sendiri, lapor laman berita Metro UK.

Ella Brooke Smith

Adrian Smith, 47, tergamam ketika tiba di lokasi nahas apabila mengetahui anaknya, Ella Brooke Smith, 21, terlibat dalam kemalangan tersebut bersama teman lelakinya.

 

Polis mengesahkan Ella mati di tempat kejadian manakala tiga yang lain cedera parah.

 

Smith yang terkejut dengan tragedi itu memuat naik foto mendiang ketika zaman kanak-kanak di media sosial untuk mengenang kehilangan anak perempuannya.

 

“Kami amat berduka cita atas kehilangan Ella. Mendiang merupakan seorang anak perempuan, kakak dan cucu yang sangat dikasihi.

 

“Kami akan merindui gadis cantik ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada kami dalam waktu sukar ini,” demikian kenyataan yang ditulis keluarga itu.

 

Seorang rakan Smith berkata, dia tidak dapat membayangkan perasaan Smith ketika melihat anak sendiri menjadi korban kemalangan.

 

“Melihat anak sendiri menjadi mangsa kemalangan dan terkorban adalah mimpi ngeri buat semua petugas kecemasan,” tulisnya.

 

Sumber Gambar: Metro UK.

Post a Comment