Dihukum Cuci & Seterika Baju Wanita Selama 6 Bulan Kerana Cubaan Merogol – Manis Madu
Dihukum Cuci & Seterika Baju Wanita Selama 6 Bulan Kerana Cubaan Merogol

Dihukum Cuci & Seterika Baju Wanita Selama 6 Bulan Kerana Cubaan Merogol

Seorang lelaki India yang dituduh melakukan cubaan memperkosa telah dijamin dengan syarat dia mencuci dan menyeterika pakaian semua wanita di kampungnya selama enam bulan.

 

Menurut laporan, Lalan Kumar, 20, perlu membeli sabun pencuci pakaian dan bahan lain yang diperlukan untuk tugasan itu bagi tempoh enam bulan secara percuma kepada kira-kira 2,000 wanita di kampung Majhor di Bihar.

 

Pegawai polis daerah Madhubani, Santosh Kumar Singh berkata, Kumar yang bekerja sebagai tukang cuci pakaian ditahan pada April lalu atas beberapa pertuduhan termasuk cubaan rogol.

 

“Semua wanita di kampung berkenaan gembira dengan keputusan mahkamah.

 

“Ini adalah perkara bersejarah. Hukuman seumpama ini akan meningkatkan rasa hormat terhadap wanita dan membantu melindungi maruah mereka,” kata Nasima Khatoon, ketua kampung berkenaan yang menjadi salah seorang yang akan memantau ‘tugas’ Kumar.

 

Wanita di kampung itu berkata, arahan seumpama itu daripada mahkamah memberi impak positif kepada perbincangan terhadap isu berkaitan jenayah terhadap wanita.

 

“Ini adalah langkah yang mengagumkan dan hukuman seperti ini memberi mesej kepada masyarakat,” kata Anjum Perween.

 

Undang-undang berkaitan jenayah perkosa di India ditambah baik selepas insiden rogol beramai-ramai pada 2012 di New Delhi namun, jumlah kesalahan masih tinggi dengan lebih 28,000 kes rogol dilaporkan pada 2020.

 

Polis dituduh tidak melakukan apa-apa tindakan untuk mengekang jenayah berkenaan dan gagal membawa kes serangan seksual ke mahkamah.

Post a Comment