Dior Café Akan Tiba Di Kuala Lumpur! – Manis Madu
Dior Café Akan Tiba Di Kuala Lumpur!

Dior Café Akan Tiba Di Kuala Lumpur!

Dior Café dikhabarkan akan tiba ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada pameran Dior Cruise 2022.

Dior 1 (1)

Sebelum ini sudah banyak visual dan filem menakjubkan koleksi Dior Cruise 2022 dipertontonkan, kini Dior Malaysia membawa pengalaman itu ke peringkat seterusnya dengan pembukaan Dior Café Malaysia.

Dior 2 (1)

Ditetapkan sebagai pengalaman kafe terhad, yang akan dibuka dari 18 hingga 22 November 2021, Dior Café Malaysia ialah pameran unik yang menampilkan restoran masakan mewah (decadent fine cuisine eatery) bersama dengan koleksi Dior Cruise 2022 terkini.

 

Hanya tersedia melalui temu janji sahaja, Dior Café Malaysia akan beroperasi di Colony Star Boulevard di Kuala Lumpur dari 11 pagi hingga 7 malam.

 

Di dalam kafe, tersedia pilihan menu sepanjang hari daripada hidangan sejuk, hangat dan pencuci mulut dan membawa masakan Greek sebagai hidangan istimewa.

Dior 3 (1)

Hidangan lazat ini disusun oleh Chef Raymond Tham yang merupakan ketua chef restoran terkenal, Beta KL, eksklusif buat Dior.

 

Bersama-sama dengan kafe, Dior juga telah mencipta pameran khas untuk menampilkan koleksi Dior Cruise 2022, yang akan dibuka dari 11 pagi hingga 9 malam.

 

Di sini, diperlihatkan koleksi baharu dan berpeluang untuk membeli-belah di tempat yang dicipta seakan-akan konsep butik.

 

Daripada beg Dior Bobby East-West baharu kepada kasut Dior Vibe dan pelbagai pilihan sedia untuk dipakai, terdapat banyak perkara untuk dilihat dan dibeli untuk almari pakaian korang!

 

Pameran dan kafe Dior Cruise 2022 terletak di Colony Star Boulevard, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur dari 18 hingga 22 November 2022.

 

Waktu pembukaan:

Pameran Dior Cruise 2022: 11 pagi hingga 9 malam

Kafe Dior: 11 pagi hingga 7 malam

 

Disebabkan tempat duduk yang terhad, semua tetamu digalakkan untuk menempah temujanji di +6012 577 8419.

Post a Comment