Disangka Mengandung Kerana Buncit, Rupanya Kanser Ovari Tahap Dua – Manis Madu
Disangka Mengandung Kerana Buncit, Rupanya Kanser Ovari Tahap Dua

Disangka Mengandung Kerana Buncit, Rupanya Kanser Ovari Tahap Dua

Kesihatan merupakan perkara yang harus diberi keutamaan walau sesibuk mana pun. Pemakanan serta gaya hidup sihat harus diamalkan secara seimbang untuk mengelakkan risiko penyakit kronik yang membunuh.

 

Beberapa hari yang lalu, seorang gadis di TikTok bernama Hawa Zainal telah berkongsikan perjalanannya sebagai bekas penghidap kanser ovari tahap dua.

Gadis berusia 22 tahun ini berkata dia juga tidak menyangka beberapa hal aneh yang dialaminya sebelum-sebelum ini rupanya simptom penyakit kanser ovari.

 

Dia menjelaskan bahawa simptom kepada penyakit kanser ini cuma bermula daripada demam yang tak kebah-kebah selama sebulan.

 

Dia juga terperanjat apabila doktor yang dijumpanya mengesyaki dia telah mengandung.

 

“Doktor kata saya mungkin mengandung. Kebetulan perut pun sedikit buncit tapi saya fikir sebab badan berisi. Terkejut juga bila dia kata macam tu dan saya jelaskan saya belum kahwin.”

 

“Bila saya cakap macam tu, doktor terus refer saya ke hospital kerana ia mungkin fibroid,” ujar Hawa

Katanya lagi, dia juga dihantar ke hospital pada hari yang sama untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut sebelum menerima berita duka daripada doktor.

 

Hawa menjalani rawatan di hospital pada Jun lalu dan kini meneruskan dengan rawatan kemoterapi.

 

“Alhamdulillah, keluarga, rakan-rakan dan pensyarah banyak bagi kata-kata semangat”, katanya lagi yang masih menuntut dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

 

Hawa juga menjelaskan niat sebenarnya memuat naik video tentang perjalannya sebagai penghidap kanser ovari di TikTok hanyalah mahu berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan cara mengatasinya. Secara tak langsung meneyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit ini khasnya golongan wanita di luar sana.

 

“Mula-mula tu sajalah muat naik video sebagai kenangan… tak sangka pula ramai request ceritakan pasal penyakit saya. Apa yang boleh saya kongsikan, kurangkan makan fast food dan junk food,” tambahnya.

Post a Comment