‘Ditegur’ Netizen, Janna Nick Mohon Maaf – Manis Madu
Janna Nick Mohon Maaf

‘Ditegur’ Netizen, Janna Nick Mohon Maaf

Siapa yang tidak kenal dengan nama Janna Nick yang merupakan pelakon dan host terkenal dalam industri hiburan tempatan.

 

Namun, berikutan sikap yang terlalu outspoken dalam mengeluarkan kenyataan, Janna sering ‘ditegur’ netizen yang mengikuti perkembangannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Kenyataan outspoken yang mana dianggap tidak matang dan tidak menjaga ‘hati’ itu adalah respon netizen setelah Janna menggunakan perkataan ‘beruk’ dan ‘loser’ dalam kenyataannya.

 

Berikutan kecaman yang diterimanya itu, Janna telah membuat satu permohonan maaf kepada semua netizen dan peminatnya melalui satu video yang dikongsikan di Instagram miliknya.

 

Janna yang sedarkan akan kekhilafannya itu mengakui kesal dengan tindakannya itu terutama kepada peminatnya serta sedar dirinya tidak patut melakukan hal demikian kepada mereka yang menyokongnya selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Saya buat video ini untuk buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang tengok video ini dan sakit hati dengan saya dan saya minta maaf sangat”.

 

“Tak tahulah. Rasanya, saya mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, gaduh dengan netizen. Bodohnya saya. Saya mengaku, saya bodoh. Sayalah ‘loser’ itu,” jelasnya.

 

“Bila drama saya keluar, Melastik Ke Hatimu, bila anda semua menyokong, jadikan drama itu ‘trending’ dan suka drama itu, saya rasa sedih sangat”.

 

“Saya minta maaf saya taknak lagi bergaduh dengan korang” ujar Janna.

 

Janna yang kelihatan sebak menahan air mata menjelaskan dirinya tidak bermaksud membezakan artis dan orang biasa serta memohon maaf atas ketelanjurannya itu.

 

“Janna satu dan netizen kosong itu memang teruk. Saya minta maaf. Kenyataan pasal saya cakap orang biasa dengan artis, saya betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa. Tapi saya tetap nak mengaku salah saya”.

 

“Dekat sini saya beritahu, artis itu juga orang biasa. Saya orang biasa dan saya buat salah. Jadi disini saya harap sangat semua maafkan saya”.

 

“Sesiapa yang kenal saya, tolong maafkan saya. Saya nak mulakan tahun 2021 ini dengan positif. Saya sayang anda semua” jelasnya.

Post a Comment