Dituduh ‘Pentaksub’ Gara-Gara Beli Penapis Udara Coway Demi Poster BTS! – Manis Madu
Dituduh Pentaksub Gara-Gara Beli Penapis Udara Coway Demi Poster BTS

Dituduh ‘Pentaksub’ Gara-Gara Beli Penapis Udara Coway Demi Poster BTS!

Sebut saja nama kumpulan dari Korea Selatan iaitu BTS, sudah terbayang fenomena dan populariti diraih mereka sekaligus terus menjadi ‘boyband’ paling berpengaruh di dunia.

 

Bercakap mengenai kumpulan yang terdiri daripada tujuh anak muda itu, baru-baru ini seorang gadis dikatakan sanggup membeli penapis udara Coway demi mendapatkan poster BTS sehingga digelar pentaksub.

BTS 3 (1)

Berkongsi satu posting di aplikasi TikTok, gadis tersebut @eyka.yanaa memuat naik video memaparkan dirinya yang teruja membuka kotak bungkusan penapis udara berharga ribuan ringgit itu.

@eyka.yanaa Jom unboxing air purifier, Semangat kau sebab poster BTS🤚🏻 ALang2 kucing kat rumah ni dah sampai 5ekor kan.. #btsxcoway #bts #airpurifier ♬ Shes from Hawaii – Yoongi’s wife (Real)

“Jom unboxing air purifier, semangat kau sebab poster BTS. Alang-alang kucing kat rumah ni dah sampai lima ekor kan,” tulis keterangan video itu.

 

Meninjau ke ruangan komen, video yang meraih hampir 525,000 tontonan itu menerima beberapa komen netizen yang menggelarkan dirinya ‘pentaksub’ kerana sanggup menghabiskan duit semata-semata untuk sekeping poster.

Namun, ada juga segelintir individu berfikiran positif dengan menganggap gadis berkenaan mungkin sudah lama merancang bagi memiliki produk itu, jadi kebetulan pula berjaya mendapatkan poster BTS secara percuma.

Post a Comment